Tuesday, November 24, 2009

Dapatkan dan bacalah!!! : Untukmu Wanita( Wanita, Isteri dan Ibu)

Bismillahirrahmanirrahim...


"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya[263] Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain[264], dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. " ( An-Nisaa' : 1 )
 
[263]. Maksud dari padanya menurut jumhur mufassirin ialah dari bagian tubuh (tulang rusuk) Adam a.s. berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Di samping itu ada pula yang menafsirkan dari padanya ialah dari unsur yang serupa yakni tanah yang dari padanya Adam a.s. diciptakan.

[264]. Menurut kebiasaan orang Arab, apabila mereka menanyakan sesuatu atau memintanya kepada orang lain mereka mengucapkan nama Allah seperti :As aluka billah artinya saya bertanya atau meminta kepadamu dengan nama Allah.


          " Wanita mempunyai peranan yang maha penting dalam kehidupan manusiawi. Sebagai ibu, isteri dan rakan seperjuangan kaum lelaki dalam menegakkan perintah dan larangan Islam di atas muka bumi. Rosaknya kamu wanita membawa seribu satu macam bencana buat dunia. Rosaknya wanita pasti akan meruntuh institusi keluarga dan membawa kehancuran sebuah negara. Wanita boleh menjadi sumber iman bagi kaum lelaki, boleh juga menjadi sumber dosa dan kebinasaan."   Ustaz Zaharuddin Abd Rahman


             Penulis sangat tertarik dengan sebuah buku terbaru Ustaz Zaharuddin yang bertajuk ' UNTUKKMU WANITA'.  Alhamdulillah, pengolahan ayat dalam buku kali ini sangat santai, ilmiah dan mudah difahami kerana ia berbentuk soal jawab isu-isu kontemporari kaum wanita yang harus diketahui oleh semua wanita, isteri dan ibu. Ia tampak lebih menarik dan kemas kerana ustaz telah membahagikan isi kandungan buku ini kepada tiga bahagian supaya ia mudah dibaca mengikut status anda wahai wanita. Bahagian pertama lebih menjurus kepada soal jawab WANITA, Aurat dan Maruah, bahagian kedua pula menyentuh Bab WANITA dan Munakahat dan bahagian ketiga mengenai WANITA dan Rumah Tangga. Tulisan ustaz dalam 'UNTUKMU WANITA' terhasil atas kesedaran ustaz untuk menghampiri kaum wanita sebagai secenis nasihat buat tatapan mereka yang bergelar 'wanita'. Ia turut dikhususkan untuk para lelaki yang sedang berusaha mencari-cari intipati ilmu kebaikan dan nasihat hidangan merela yang bernama ibu, isteri, kakak, adik dan anak. Format umum yang berbentuk soal jawab ini juga adalah hasil kombinasi soalan-soalan yang telah diutarakan oleh pelbagai pihak kepada ustaz dan disertakan kisah teladan, cerita, pengalaman, dalil dan fakta. InshaAllah, sangat menarik dan buku ini memang sesuai untuk semua golongan wanita yang minat membaca dan berfikir berkenaan tanggungjawab mereka terhadap Allah SWT khasnya, diri mereka dan masyarakat sekeliling. Buku ini juga diharap mampu memberikn sentuhan kesedaran buat mereka yang masih leka dengan tipu daya dunia. 


Penulis yakin dan menyedari ramai wanita di luar sana termasuk penulis yang masih dalam dilema kehidupan  dan berhadapan dengan pelbagai masalah dalam munakahat, rumahtangga, dan sebagainya serta menghadapi serangan budaya-budaya kuning yang menyebabkan anda dan kita jauh dari manhaj wanita 'islam' yang sepatutnya. Sedangkan Allah SWT telah menukilkan satu surah khas untuk wanita di dalam kalam suciNYA. Sama-sama kita kembali kaji dan mendalami surah An-Nisaa' ayat 1 hingga 176  kerana   di dalamnya terkandung 1001 malah lebih rahsia dan panduan buat wanita yang sangat berguna untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Memang wanita sangat mulia di sisi Allah SWT sekiranya dirimu disaluti iman  dan islam cerminan Al-Quran yang sentiasa mendambakan keagungan dan kecintaan Tuhannya. Walaupun sukar menjadi wanita-wanita yang disebut oleh Rasulullah SAW di dalam hadithnya iaitu Siti Khadijah bt. Khuwailid, Fatimah bt. Muhammad, Mariam bt. Imran dan 'Asiah isteri Firaun, tetapi berusahalah menjadi wanita solehah yang dapat memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat dan negara. InshaAllah. Ayuh!kaum hawa berusaha ke arah ial-mukminah solehah dan moga-moga Allah SWT permudahkan. Ameen.


"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri[289] ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)[290]. Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya[291], maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya[292]. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar." ( An-Nisaa' : 34 )

[289]. Maksudnya: Tidak berlaku curang serta memelihara rahasia dan harta suaminya.

[290]. Maksudnya: Allah telah mewajibkan kepada suami untuk mempergauli isterinya dengan baik.
[291]. Nusyuz: yaitu meninggalkan kewajiban bersuami isteri. Nusyuz dari pihak isteri seperti meninggalkan rumah tanpa izin suaminya.
[292]. Maksudnya: untuk memberi peljaran kepada isteri yang dikhawatirkan pembangkangannya haruslah mula-mula diberi nasihat, bila nasehat tidak bermanfaat barulah dipisahkan dari tempat tidur mereka, bila tidak bermanfaat juga barulah dibolehkan memukul mereka dengan pukulan yang tidak meninggalkan bekas. Bila cara pertama telah ada manfaatnya janganlah dijalankan cara yang lain dan seterusnya.
 
 WANITA
Aurat dan Maruah
Jika anda berada di hadapan Baginda SAW, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini mendapat syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?
 
WANITA
dan Munakahat
Tiada salahnya 'perigi mencari timba'. Ada wanita yang berkenan kepada lelaki yang baik namun menghadapi masalah untuk memulakan langkah

WANITA
dan Rumah Tangga
Cemburu itu satu tuntutan. Fahami dan sedarilah bahawa anda sebenarnya memiliki seorang suami yang bertanggungjawab serta subur imannya.
 
 
Wanita , dirimu begitu berharga. Seindah-indah hiasan di dunia adalah wanita solehah. Peribadinya terjaga dan terpelihara.
Duhai wanita, dalam kelembutanmu, suburkan ketegasan, berlandaskan ilmu keredhaan Tuhan.
 
Penulis menyeru kepada sahabat-sahabat dan sesiapa yang bergelar wanita, dapatkanlah buku ini kerana ia sangat sesuai dan menepati apa yang sepatutnya dimiliki oleh anda.
Sangat menarik dan memang berbaloi. InshaAllah. Kepada sesiapa yang mahu pinjam buku ini daripada penulis boleh hubungi penulis melalui emel.
 


 
 

Saturday, November 14, 2009

> KEM PENGHAYATAN ISLAM DAN SAINS <

Bismillahirrahmanirrahim....



Seperti yang sedia maklum, kemajuan bidang sains dan teknologi di sekeliling kita bergerak laju seiring dengan arus globalisasi. Setiap saat, ada sahaja penemuan dan ciptaan baru dalam bidang sains dan permintaanya di pasaran yang amat pesat. Sedar atau tidak, manusia secara dasarnya bergantung kepadanya. Sebagai umat islam, hakikatnya kebergantungan kita  sudah pasti pada Allah s.w.t. Yang Maha Pencipta, yang mengurniakan kita 'aqal untuk berfikir dan 'alam sebagai ilham kepada sesuatu penciptaan. Namun yang paling penting, Al-Quran telah diturunkan sebagai panduan utama dan kehadiran Rasulullah s.a.w sebagai tauladan dalam mengimplimentasikan setiap ajaran di dalamnya.

Justeru sebagai menyahut tuntutan tersebut, Kem Penghayatan Islam dan Sains dirangka khusus untuk pelajar perempuan yang berusia antara 13 hingga 17 tahun. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kesatuan antara ilmu sains dan Islam, yang mana selama ini kedua-dua elemen tersebut telah berjaya dipisahkan oleh orientalis Barat. Dalam Islam ada sains. Apa yang diharapkan ialah agar para pelajar dapat membudayakan sains dan Islam dalam kehidupan seharian, menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai 'role model' terbaik dalam setiap aspek kehidupan, dan sekaligus menyedari bahawa Allah s.w.t yang mengatur kehidupan manusia dan alam ini mengikut ketentuanNYA.


  TERBUKA KEPADA PELAJAR PEREMPUAN SAHAJA YANG BERUMUR 13 HINGGA 17 TAHUN...


KEM PENGHAYATAN ISLAM DAN SAINS


Bridging Islam & Science Together


    TARIKH = 21 - 22 NOVEMBER 2009


                  TEMPAT = KEM SRI RAUDHAH, GOMBAK, SELANGOR

YURAN PESERTA = RM30/seorang 


untuk penyertaan, boleh hubungi saudari Nor Hidayah = 0123590809



ANJURAN = NISA' KAWASAN PUCHONG dengan kerjasama PENGGERAK BELIA MPSJ DAN JKP ZON 12


CEPAT-CEPAT, PENYERTAAN ADALAH TERHAD. SIAPA YANG CEPAT, DIA YANG DAPAT...


InshaAllah, moga-moga Allah s.w.t mempemudahkan urusan sepanjang program nanti. Ameen.




Sunday, November 8, 2009

Sudut kesihatan dan sentuhan mata


Bismillahirrahmanirrahim...




Sudut kesihatan : Kebanyakan penyakit sebenarnya berpunca dari perasaan. Perasaan sebenarnya berhubung rapat dengan kesihatan anda,,,
Orang yang selalu menyimpan dendam mempunyai risiko sakit jantung.
Begitu juga dengan orang yang selalu resah~sakit buah pinggang.
Selalu takut~sakit tulang belakang.
Selalu sedih~masalah penghadaman makanan.
Selalu kelam-kabut~masalah perut. Dan banyak lagi.
Sebab itulah orang Malaysia ramai kena sakit jantung. Sebab orang melayu selalu simpan dendam.
 
Organ kita bagaikan stor menyimpan perasaan. Sebab itu ada mazhab kata makruh makan organ. Konsep ini diamalkan oleh salah seorang hamba Allah. Katanya : “Saya dapat menyembuhkan 10 penyakit saya tanpa mengeluarkan sesen pun. Kita kena belajar kawal perasaan. Kajian telah dibuat terhadap perasaan marah,,, orang yang sedang marah, darahnya beracun. Jika darah itu diambil dan disuntik ke dalam ayam, ayam ayam akan mati,,,Jadi, orang yang marah seperti meracuni diri sendiri..
      
        waAllahu A’lam,,,,





Sentuhan mata maksudnya: bertentangan mata antara 2 orang. Siapa kalah maknanya dia meletakkan diri dia di bawah orang yang menang tadi,,, kajian mengatakan, orang yang mendengar lebih banyak melihat mata orang yang bercakap. Bukan sebaliknya,,, Di samping itu, perempuan lebih banyak melakukan sentuhan mata berbanding lelaki. Sebab perempuan mesra.
Kalau kita tengok mata anak murid masa mengajar, kesan dia lain kalau kita tak tengok. Kalau tengok, murid kita akan lebih tawajjuh kat kita. Macam tu juga kalau kita tengok mata orang masa sembang,,, Tapi jangan lebih-lebih, sebab kalau orang tu tengok mata kita lebih daripada 80% masa sembang, bermakna dia lebih suka diri kita dari topic sembang. Benda ni tak belajar kat sekolah tapi kita boleh ajar diri kita sendiri.
Tawajjuh : Beri perhatian,, kita ada banyak cara nak sampaikan isi hati kita,,, lafaz Cuma satu darinya,, mata,tangan,raut wajah,gerak badan dan sebagainya. Ni orang panggil body language. Benda tu senang je,, Tiap-tiap hari kita buat. Tapi tak sedar. Ramai orang rasa benda-benda ni tak penting. Sedangkan inilah rahsia kejayaan,,,
Ingat, percakapan melambangkan isi hati, perbuatan menjadi hakim, benar atau tidak…
 
               WaAllahu A’lam,,,,,

perkongsian dari ainul_qolbicairo@yahoo.com.my