Seperti yang sedia maklum, kemajuan bidang sains dan teknologi di sekeliling kita bergerak laju seiring dengan arus globalisasi. Setiap saat, ada sahaja penemuan dan ciptaan baru dalam bidang sains dan permintaanya di pasaran yang amat pesat. Sedar atau tidak, manusia secara dasarnya bergantung kepadanya. Sebagai umat islam, hakikatnya kebergantungan kita sudah pasti pada Allah s.w.t. Yang Maha Pencipta, yang mengurniakan kita 'aqal untuk berfikir dan 'alam sebagai ilham kepada sesuatu penciptaan. Namun yang paling penting, Al-Quran telah diturunkan sebagai panduan utama dan kehadiran Rasulullah s.a.w sebagai tauladan dalam mengimplimentasikan setiap ajaran di dalamnya.
Justeru sebagai menyahut tuntutan tersebut, Kem Penghayatan Islam dan Sains dirangka khusus untuk pelajar perempuan yang berusia antara 13 hingga 17 tahun. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kesatuan antara ilmu sains dan Islam, yang mana selama ini kedua-dua elemen tersebut telah berjaya dipisahkan oleh orientalis Barat. Dalam Islam ada sains. Apa yang diharapkan ialah agar para pelajar dapat membudayakan sains dan Islam dalam kehidupan seharian, menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai 'role model' terbaik dalam setiap aspek kehidupan, dan sekaligus menyedari bahawa Allah s.w.t yang mengatur kehidupan manusia dan alam ini mengikut ketentuanNYA.
TERBUKA KEPADA PELAJAR PEREMPUAN SAHAJA YANG BERUMUR 13 HINGGA 17 TAHUN...
KEM PENGHAYATAN ISLAM DAN SAINS
Bridging Islam & Science Together
TARIKH = 21 - 22 NOVEMBER 2009
TEMPAT = KEM SRI RAUDHAH, GOMBAK, SELANGOR
YURAN PESERTA = RM30/seorang
untuk penyertaan, boleh hubungi saudari Nor Hidayah = 0123590809
ANJURAN = NISA' KAWASAN PUCHONG dengan kerjasama PENGGERAK BELIA MPSJ DAN JKP ZON 12
CEPAT-CEPAT, PENYERTAAN ADALAH TERHAD. SIAPA YANG CEPAT, DIA YANG DAPAT...
InshaAllah, moga-moga Allah s.w.t mempemudahkan urusan sepanjang program nanti. Ameen.
No comments:
Post a Comment