Showing posts with label Iklan. Show all posts
Showing posts with label Iklan. Show all posts

Saturday, October 30, 2010

Selamatkan Diri Anda!!!

Bismillahirrahmanirrahim...






            Selamatkan Diri Anda!!!. Tahukan anda bagaimana cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penjenayah yang bebas di luar sana. Setiap hari kita dihidangkan dengan berita-berita dan cakap-cakap mengenai masalah jenayah yang sentiasa mencatatkan statistik yang tertinggi di negara Malaysia. Rata-rata golongan wanita yang tidak mengira usia sering menjadi mangsa kepada pelbagai jenayah dan keganasan. Kenapa perkara sebegini boleh terjadi? Siapakah perlu dipersalahkan? Apakah cara penyelesaiannya? program yang julung-julung diadakan ini akan disampaikan oleh penganalisis jenayah yang tidak asing lagi di negara kita iaitu saudara Kamal Affandi Hashim.

Atas dasar kasih sayang dan kepentingan aspek nyawa, maruah dan harga seorang wanita, Nisa Puchong dengan kerjasama Biro Keselamatan JKP Zon 13, Puchong telah menganjurkan satu program berbentuk bengkel khas untuk anda yang inginkan keamanan.
InshaAllah, jemput datang beramai-ramai kerana tindakan anda yang akan menentukan sejauh mana anda mampu melangkah untuk meneruskan kehidupan. Sayangilah diri anda sebelum anda menyayangi orang lain. 

Moga bengkel ini mampu memberi manfaat yang bukan sahaja kepada golongan wanita tetapi kepada kaum Adam juga sebagai pelindung dan pembantu kaum Hawa..
BENGKEL KESELAMATAN WANITA 2010
TARIKH : 31 OKTOBER 2010
TEMPAT : BALAI MASYARAKAT JKP ZON 13, PUCHONG PERDANA, 47100 PUCHONG, SELANGOR.
MASA : 2.00 PETANG -  5.30 PETANG.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi no di atas.

Thursday, May 20, 2010

Jumpa anda di KAU '10 !!!

Bismillahirrahmanirrahim...


 Semua orang sukakan hiburan, termasuklah penulis. Yang bezanya adalah jenis hiburan yang dipilih sama ada pop rock, balada, evergreen, klasik hatta nasyid sekalipun. Ia dijadikan peneman bagi mengubat jiwa yang sering kontang dengan kasih sayang atau pengisi masa lapang. " Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah...Hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah..." Teringat bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Raihan. Atas keperihatinan Nisa' terhadap perkembangan hiburan di tanah air yang sangat berkembang pesat dan perbualan anak muda masa kini, Nisa' Malaysia telah mengambil satu alternatif untuk memberi pendedahan kepada remaja dan golongan belia terutamanya di kalangan kaum hawa atau nisa' sendiri bahawa islam juga mempunyai cara bagaimana untuk memilih hiburan atau melibatkan diri dalam hiburan. Oleh itu, wajar bagi kita selaku ummat Muhammad s.a.w,ummat akhir zaman yang sentiasa terdedah dengan kemungkaran kembali kepada panduanNYA iaitu kitab Al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w dalam membuat pilihan hiburan yang sepatutnya sejajar dengan syariat islam.

    Alhamdulillah, buat julung kalinya Nisa' Malaysia bersama sahabat-sahabat Nisa' setiap Negeri akan melaksanakan program KAU '10 iaitu Karnival Aura Ungu yang akan bermula pada 21(Jumaat) dan 22 Mei(Sabtu) ini bertempat di Kompleks Kebudayaan, Seksyen 7, Shah Alam. Program KAU ini akan merangkumi PESONA iaitu pertandingan nyanyian peringkat solo dan berkumpulan yang diwakili oleh setiap negeri, ekspo, pemeriksaan kesihatan dan gigi, senamrobik, pertandingan Nisa' junior talentine ( berlakon, bercerita, silap mata ), pertandingan dance & freeze, dan macam-macam lagi....



Konsert dari wanita untuk wanita!!!
Kemuncak KAU 10 kali pertama ini adalah persembahan konsert dari penyanyi yang tidak asing lagi AISHAH dan Heliza AF5 pada 22 hb Mei ( Sabtu ) jam 8pm. Harga tiket hanya RM10 sahaja...

Hanya untuk wanita...
Jangan ketinggalan, mari datang beramai-ramai...

Jumpa anda di sana!!!

Moga-moga Allah s.w.t merahmati kita semua. Ameen...

Friday, March 12, 2010

SYOKNYA TONTON ...Jom beramai-ramai

Bismillahirrahmanirrahim...


   Di kesempatan yang ada ini, penulis ingin mengajak dan menjemput warga muslimah khususnya untuk bersama-sama kami Nisa' Puchong dan penduduk sekitar Serdang memeriahkan Program Syoknya Tonton yang merupakan program julung kalinya di Serdang. Seperti yang sedia maklum, medium hiburan kini sangat rancak dan menjadi kegemaran generasi muda yang sentiasa dahagakan muzik dan filem yang menarik di pawagam. Justeru, Nisa' Puchong mengambil alternatif untuk menganjurkan satu program berbentuk tayangan filem yang bersesuaian untuk tayangan umum dan antara objektif yang kami gariskan adalah :
  1.  Membawa masyarakat khususnya generasi muda menilai filem dari perspektif islam.
  2. Mengupas dan menghuraikan implikasi filem terhadap pemikiran dan pembinaan tamadun manusia khususnya generasi muda.
  3. Merealisasikan hasrat Nisa' Puchong untuk mempunyai hubungan yang rapat dengan golongan muda. 
  Moga usaha yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan dan manfaat kepada hadirin yang datang terutamanya golongan muda. InshaAllah, sepanjang program ini terdapat juga aktiviti yang menarik dan kepada anda yang bergelar muslimah jangan lepaskan peluang ini. Datanglah beramai-ramai ke Program Syoknya Tonton 2010.
Makluman program adalah seperti berikut :


SYOKNYA TONTON

TARIKH : 13 MAC 2010 bersamaan 27 RABI'UL AWAL 1431 H (SABTU)
TEMPAT : BALAI MASYARAKAT JALAN 5/6 SERDANG JAYA , SRI KEMBANGAN, SELANGOR.
MASA : 1.30 P.M - 6.30 P.M
FILEM : KETIKA CINTA BERTASBIH

sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi 0195032494 atau 0139992184

Penulis juga berharap agar program ini berjalan lancar dan mendapat keredhaan Ilahi seterusnya mencapai objektif yang digariskan. InshaAllah..

<<<<<<>>> >>


Wednesday, December 30, 2009

(^_^) LADIES NIGHT 2009 yang dinanti ~

Bismillahirrahmanirrahim...






Program Ladies Night adalah satu usaha atau alternatif yang dianjurkan oleh Penggerak Belia MPSJ,Jawatankuasa Zon 13 dengan kerjasama Nisa' Puchong. Ia julung-julung kali dianjurkan khusus untuk kaum hawa tanpa mengira umur dan kaum. Antara objektif program ini adalah :

1.      Mengadakan alternatif  hiburan yang berlandaskan syariat; eksklusif untuk wanita & remaja perempuan
2.  Merapati golongan wanita & remaja perempuan setempat dalam usaha untuk menyampaikan mesej dakwah Islamiyah secara santai.
      3.  Menyediakan satu ruang untuk Nisa’, Penggerak Belia MPSJ & masyarakat setempat khususnya kaum wanita bekerjasama dan merapatkan ukhwah dan mengikat silaturrahim.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini. mari datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi Ladies Night kali ini. Moga-moga ada keberkatan dari Nya. InshaAllah . Ameen.


LADIES NIGHT 2009
TARIKH : 31 DISEMBER 2009
MASA : 8.00 P.M-12.00 P.M
TEMPAT : DEWAN MPSJ, PUCHONG INDAH.


Antara aktiviti-aktiviti yang menanti anda:
Pertandingan karaoke kategori (solo, duet, berkumpulan)
Tayangan multimedia
Persembahan Muslimah
Cabutan bertuah
Anugerah Queen of the Nights
Anugerah Ibu dan anak sedondon

Anugerah Baju Cantik
Anugerah Tudung Comel


Masuk percuma!!! Jamuan makan disediakan...


Jangan lepaskan....


------KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA----WAHAI WANITA----HARGAILAH DIRIMU--------



Penulis juga berharap agar program ini berjalan dengan lancar dan moga-moga ada manfaat serta mendapat redha dariNYA. Ameen. Doakan kami ya!!!


Thursday, December 3, 2009

Jom sertai..................K.A.S.E.H iv.....................

Bismillahirrahmanirrahim...
 


    Anak-anak adalah anugerah tidak ternilai dari Ilahi. Mereka lahir ibarat kain putih yang suci dan ibu bapa yang akan mencorakkan ia sama ada mengikut batas syariat islam atau sebaliknya yang seterusnya akan melahirkan seorang pemuda dan pemudi yang mantap aqidah, iman dan sahsiahnya serta cemerlang kehidupannya di dunia dan akhirat.

Jika ditanya kepada ibu bapa, rata-rata mereka menginginkan anak yang sentiasa menyejukkan mata apatah lagi menyejukkan hati. Bak kata pepatah ' Sejuk perut ibu mengandung'. Jadi, sudah tentu ibu bapa inginkan anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka kelak. Untuk mendapatkan semua itu sudah tentu, ibu bapa harus ada kesungguhan yang tinggi untuk mendidik anak-anak dengan sempurna.

InshaAllah, Kem Anak Soleh kali ke-5 ini atau dikenali sebagai K.A.S.E.H iv merupakan salah satu alternatif untuk membentuk peribadi anak-anak. Justeru, penulis ingin mengajak dan menyeru kepada sesiapa yang mempunyai anak atau adik yang berusia antara 9-13 tahun untuk menyertai Kem Anak Soleh ini. Ia akan dijalankan pada 25-27 Disember 2009 bertempat di Masjid UPM dan bayaran yang dikenakan hanya RM30 seorang.


Antara objektif K.A.S.E.H :

  1.  Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan anak muda
  2. Menyedarkan anak-anak muda mengenai perlunya berTuhan dalam diri mereka
  3. Memberi kefahaman tentang serangan budaya hedonisma.
 Sertailah kami....
Anjuran Ikatan Siswazah Islam Serdang (ISIS) dengan kerjasama Qaryah Serdang.

Untuk makluman lanjut, sila hubungi Ustaz Shukri : 0132506071, ustazah Shalihati : 0194358727, Hj. Saleh : 0129257299, Hj. Osman : 0193875700.




ANAK SOLEH

Sifat anak yang soleh
Mentaati ibu ayah
Tidak membantah
Malah mentaatinya (2X)

Halus peribadinya
Mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga
Akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga
Hanya kerana yang Esa

C/o
Hormat pada yang tua
Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah
Dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Di dalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya
Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu
Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang
Hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman
Sentiasa dikasihi
Itulah di antara sifat anak-anak yang soleh



oleh : UNIC




Saturday, November 14, 2009

> KEM PENGHAYATAN ISLAM DAN SAINS <

Bismillahirrahmanirrahim....



Seperti yang sedia maklum, kemajuan bidang sains dan teknologi di sekeliling kita bergerak laju seiring dengan arus globalisasi. Setiap saat, ada sahaja penemuan dan ciptaan baru dalam bidang sains dan permintaanya di pasaran yang amat pesat. Sedar atau tidak, manusia secara dasarnya bergantung kepadanya. Sebagai umat islam, hakikatnya kebergantungan kita  sudah pasti pada Allah s.w.t. Yang Maha Pencipta, yang mengurniakan kita 'aqal untuk berfikir dan 'alam sebagai ilham kepada sesuatu penciptaan. Namun yang paling penting, Al-Quran telah diturunkan sebagai panduan utama dan kehadiran Rasulullah s.a.w sebagai tauladan dalam mengimplimentasikan setiap ajaran di dalamnya.

Justeru sebagai menyahut tuntutan tersebut, Kem Penghayatan Islam dan Sains dirangka khusus untuk pelajar perempuan yang berusia antara 13 hingga 17 tahun. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kesatuan antara ilmu sains dan Islam, yang mana selama ini kedua-dua elemen tersebut telah berjaya dipisahkan oleh orientalis Barat. Dalam Islam ada sains. Apa yang diharapkan ialah agar para pelajar dapat membudayakan sains dan Islam dalam kehidupan seharian, menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai 'role model' terbaik dalam setiap aspek kehidupan, dan sekaligus menyedari bahawa Allah s.w.t yang mengatur kehidupan manusia dan alam ini mengikut ketentuanNYA.


  TERBUKA KEPADA PELAJAR PEREMPUAN SAHAJA YANG BERUMUR 13 HINGGA 17 TAHUN...


KEM PENGHAYATAN ISLAM DAN SAINS


Bridging Islam & Science Together


    TARIKH = 21 - 22 NOVEMBER 2009


                  TEMPAT = KEM SRI RAUDHAH, GOMBAK, SELANGOR

YURAN PESERTA = RM30/seorang 


untuk penyertaan, boleh hubungi saudari Nor Hidayah = 0123590809



ANJURAN = NISA' KAWASAN PUCHONG dengan kerjasama PENGGERAK BELIA MPSJ DAN JKP ZON 12


CEPAT-CEPAT, PENYERTAAN ADALAH TERHAD. SIAPA YANG CEPAT, DIA YANG DAPAT...


InshaAllah, moga-moga Allah s.w.t mempemudahkan urusan sepanjang program nanti. Ameen.




Tuesday, October 27, 2009

Iklan : Yassin Ajaib

Bismillahirrahmanirrahim...

Surah Yassin mempunyai banyak fadhilat seperti mana yang telah disebut oleh baginda Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam. 
" Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah Yassin. Sesiapa yang membaca Surah Yassin, nescaya Allah swt menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali."

Hari ini, penulis ingin memperkenalkan sebuah Yassin ajaib...Mesti ramai di antara pembaca yang tertanya-tanya apa ajaibnya Yassin yang penulis ingin sampaikan.
Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam sendiri telah bersabda : " Bacalah surah Yassin, kerana ia mengandungi keberkatan..." iaitu:
  1. Apabila orang yang lapar membaca Yassin, boleh kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian, boleh pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat akan menjumpai jalan pulang semula.
  8. Jika dibaca pada orang yang telah meninggal dunia, Allah SubhanaAllah akan meringankan seksaNya.
  9. Jika dibaca pada orang yang sakit akan terhindar penyakitnya.
  10. Jika orang yang dahaga yang membacanya, akan hilang hausnya.
Sebenarnya, penulis sedang rangka mempromosi surah Yassin yang sangat 'special'. Penulis yakin dan  pasti bagi sesiapa yang membelinya tidak akan rugi apatah lagi menyesal. Ini kerana di dalamnya terdapat huruf-huruf yang telah diwarnakan mengikut tajwid dan cara pembacaannya. Jadi, ini akan memudahkan dan melancarkan pembacaan bagi sesiapa yang mempunyai masalah tajwid. Secara tidak langsung, kita dapat mempelajari dan memperbaiki bacaan kita. InshaAllah. 
Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam bersabda: " Dan orang yang membaca  Al-Quran tetapi sulit/payah hingga merangkak-rangkak, dia dapat dua pahala. Yang pertama, dia dapat pahala sebab hendak baca Al-Quran. Dan yang keduanya ialah kerana walaupun susah, dia tetap ingin membacanya."



                          contoh design kulit surah Yassin....( anda pun boleh design sendiri )



Ini design yang dijual...hanya RM12 sahaja.

contoh bahagian dalam surah Yassin...sangat menarik dan mudah dibaca.
( maaf gambar kurang jelas dan tak stabil )


Sekali lagi, mari ramai-ramai dapatkan edisi khas Yassin Ajaib ini dengan hanya harga RM12 seunit. Yang istimewanya, anda juga boleh mencipta 'design' kulit surah Yassin sendiri. Bagi yang ingin menempah dengan jumlah yang banyak, harga boleh dirunding.
Antara isi kandungan dalam surah Yassin ini:
  • Tahlil dan doa
  • selawat dan salam
  • doa-doa pilihan seperti doa Nabi Adam a.s,
  • doa mohon keampunan
  • doa tawakkal & mohon taufiq
  • Yassin malam nisfu Sya'aban
  • Doa akhir dan awal tahun hijrah
  • doa memohon kebaikan
  • selawat Tafrijiyyah
  • doa Nabi Yunus 'a.s
  • Saiyyidul Istighfar.
Sebenarnya, banyak sekali firman Allah SubhanaAllah ta'ala dan hadith-hadith Nabi sallallahu alayhi wa sallam tentang kelebihan membaca Al-Quran, dan juga surah Yassin.

Penulis menyeru diri penulis dan sahabat-sahabat sekalian untuk sama-sama pertingkatkan amalan tadabbur, tilawah, tasmi' dan menghafal ayat-ayat suci ini agar menjadi penerang di dalam kubur kelak. Ameen.
 

 Untuk maklumat lanjut, sahabat-sahabat boleh menghubungi saudari Nor Kamariyah Hamzah: 0127840181 atau menghubungi penulis sendiri di alamat emel nzinnirah@alwahy.com.
Boleh juga layari laman web www.abadsinergi.com.

Buku Yassin ini juga boleh dijadikan buah tangan dan hadiah. Harap maklum.