Anak-anak adalah anugerah tidak ternilai dari Ilahi. Mereka lahir ibarat kain putih yang suci dan ibu bapa yang akan mencorakkan ia sama ada mengikut batas syariat islam atau sebaliknya yang seterusnya akan melahirkan seorang pemuda dan pemudi yang mantap aqidah, iman dan sahsiahnya serta cemerlang kehidupannya di dunia dan akhirat.
Jika ditanya kepada ibu bapa, rata-rata mereka menginginkan anak yang sentiasa menyejukkan mata apatah lagi menyejukkan hati. Bak kata pepatah ' Sejuk perut ibu mengandung'. Jadi, sudah tentu ibu bapa inginkan anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka kelak. Untuk mendapatkan semua itu sudah tentu, ibu bapa harus ada kesungguhan yang tinggi untuk mendidik anak-anak dengan sempurna.
InshaAllah, Kem Anak Soleh kali ke-5 ini atau dikenali sebagai K.A.S.E.H iv merupakan salah satu alternatif untuk membentuk peribadi anak-anak. Justeru, penulis ingin mengajak dan menyeru kepada sesiapa yang mempunyai anak atau adik yang berusia antara 9-13 tahun untuk menyertai Kem Anak Soleh ini. Ia akan dijalankan pada 25-27 Disember 2009 bertempat di Masjid UPM dan bayaran yang dikenakan hanya RM30 seorang.
Antara objektif K.A.S.E.H :
- Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan anak muda
- Menyedarkan anak-anak muda mengenai perlunya berTuhan dalam diri mereka
- Memberi kefahaman tentang serangan budaya hedonisma.
Sertailah kami....
Anjuran Ikatan Siswazah Islam Serdang (ISIS) dengan kerjasama Qaryah Serdang.
ANAK SOLEH
Sifat anak yang soleh
Mentaati ibu ayah
Tidak membantah
Malah mentaatinya (2X)
Halus peribadinya
Mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga
Akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga
Hanya kerana yang Esa
C/o
Hormat pada yang tua
Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah
Dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Di dalam kehidupan penuh pancaroba
Tiada cinta di hatinya
Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu
Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang
Hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman
Sentiasa dikasihi
Itulah di antara sifat anak-anak yang soleh
Sifat anak yang soleh
Mentaati ibu ayah
Tidak membantah
Malah mentaatinya (2X)
Halus peribadinya
Mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga
Akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga
Hanya kerana yang Esa
C/o
Hormat pada yang tua
Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah
Dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Di dalam kehidupan penuh pancaroba
Tiada cinta di hatinya
Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu
Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang
Hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman
Sentiasa dikasihi
Itulah di antara sifat anak-anak yang soleh
oleh : UNIC
jom sama2 kita memeriahkn lg prgrm ni,mudah2an adik2 kte dpt mnfaat drnya..seterusnya kita secara xlgsg dpt mnjna kader2 agama baru sejajar dgn mtlamat kta utk memasyarakatkan ummah dengan nilai-nilai murni dlm Islam..mudah2an adik2 kita juga jd pjuang Islam yg hebat..masyaAllah
ReplyDelete