Petang sebelum beberapa jam awal Muharram tiba, penulis terpaksa pulang ke rumah seorang diri kerana teman sekerja telah pulang terlebih dahulu. Selalunya kami pulang bersama, tetapi penulis pulang lewat sedikit kerana ingin meng'update' blog sempena tahun baru 1431 H pada hari Khamis yang lalu. Kebetulan pada hari tersebut, penulis ingin membeli makanan di kedai makan berdekatan dengan rumah sewa penulis.Semasa tu penulis memang perasan ada seorang pelajar foreigner yang turut memesan makanan. Tapi nak dijadikan cerita, semasa ingin pulang setelah membeli makanan, penulis tidak perasan yang dia turut mengikut penulis dari belakang. Risau juga masa tu. Nau'zubillahi min zalik.Rupa-rupanya dia ingin mengenali penulis kerana menurutnya,'he really impress with my religious'. Memang tak terkata semasa kejadian hari itu. Sepanjang perjalanan pulang, dia memperkenalkan dirinya sebagai 'Nur Husin' dari Ethopia (Habsyah). Sebenarnya sekarang ini, dia mengambil PhD dalam jurusan veterinar di UPM dan ingin mengenali penulis bagi membincangkan isu-isu islam. Mungkin boleh diterima atas alasan itu dan penulis sendiri memberanikan diri mengambil nombor telefonnya setelah dia cuba mendapatkan nombor telefon penulis.Tetapi sampai sekarang, penulis tidak pernah menghubunginya. InshaAllah, suatu hari nanti akan tiba masanya yang sesuai. Sampai di sini...Peringatan kepada diri dan para muslimah elakkan daripada berjalan seorang diri sebaiknya biarlah berteman.
Malam 1 Muharram 1431 H
Penulis bercadang untuk mengikuti kuliah ustaz Hasrizal di surau Al-Munir, tetapi tidak diizinkan kerana hujan yang sangat lebat. Jadi, penulis mengambil keputusan untuk solat di Masjid Mardi sahaja. Tetapi semasa dalam perjalanan ke sana, hujan turun dengan sangat lebat dan akhirnya penulis hanya solat di Masjid UPM dan sahabat penulis pula sempat ke masjid MARDI kerana kami berjanji untuk berjumpa di sana. Berpisahlah kami untuk seketika. Sedihnya..Allah s.w.t berfirman dalam surah Aal' Imraan : 54 yang bermaksud
Konvensyen Pakatan Rakyat 2009
Pertama kali penulis terlibat dalam perhimpunan yang begitu besar melibatkan 3 parti yang sepakat dan muafakat dalam menjayakan misi terpenting pada tahun akan datang. Dengan kehadiran saff pimpinan utama setiap parti telah membuktikan kesungguhan yang ditunjukkan dalam usaha menggembeling jentera-jentera yang sentiasa bersedia menerima arahan. Walaupun penulis tidak dapat mengikuti perbahasan yang dijalankan sepanjang separuh hari tersebut kerana diberi tugasan bersama seorang sahabat, ia sedikit sebanyak memberi satu gelombang semangat baru kepada sesiapa yang menghadirinya. Penulis masih belum sepenuhnya dapat melibatkan diri secara langsung dalam arena yang sangat mencabar ini. Sememangnya amanah yang diberi sangat berat untuk dipikul kerana itulah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Dan yang penting Allah swt lebih mengetahui apa yang sesuai untuk hamba-hambaNya mengikut tahap kemampuan masing-masing. Justeru, kepada para pemimpin yang berjiwa islam dan manhaj Ilahi, pikullah amanahmu dengan sebaiknya agar hukum Allah s.w.t terlaksana walaupun dirimu ditentang sehebatnya oleh musuh-musuh Islam yang tidak pernah puas dan penat.Ingatlah janji Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud : " Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu".
Ramai di kalangan masyarakat kita yang masih menganggap politik itu kotor dan sebagainya. Sebenarnya politik dan islam tidak boleh dipisahkan. Mungkin apabila politik yang melibatkan parti menyebabkan politik di salah ertikan. Padahal, manusia yang salahgunakan politik itu sendiri. Sememangnya politik atau 'siasah' itu sangat diperlukan dalam kehidupan apatah lagi dalam melaksanakan syariat islam terutamanya dalam pemilihan pemimpin di kalangan orang islam sendiri. Sudah tentu, kriteria seorang pemimpin yang adil dan memenuhi tuntutan agama layak untuk dipilih memegang tanggungjawab kepada ummah. Kerana pemimpin yang sebenar akan melambangkan kesejahteraan dan keharmonian rakyat yang dapat menjalani kehidupan tanpa rasa takut, terancam apatah lagi dalam keadaan terpaksa.
Karnival di Masjid Negeri Selangor
Alhamdulillah dengan izinNya, Konvensyen PR buat julung kalinya selesai dengan jayanya apabila ketiga-tiga pemimpin utama setiap parti menandatangani buku 'oren' yang mengandungi bukti-bukti yang bukan hanya tertulis di atas kertas tetapi satu perlaksanaan yang akan dijalankan demi hak dan kebajikan rakyat Malaysia amnya tanpa mengira agama dan kaum. InshaAllah.
Sepanjang separuh hari berada di Konvensyen, kebetulan malam itu satu ceramah khas oleh Prof. Dr. Yusuf Al-Qadhrawi akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang hanya bersebelahan dengan Dewan MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) , tempat berlangsungnya Konvensyen PR pagi tadi. Jadi, penulis bersama seorang sahabat tidak melepaskan peluang untuk mengenali tokoh ulama' itu dengan lebih dekat. Penulis masih kosong dalam mengenali ulama' seperti beliau walaupun seringkali dihidangkan dengan tulisan-tulisan yang amat jelas dalam menyelesaikan masalah ummah. Memang tidak menghairankan apabila ramai sangat manusia yang berpusu-pusu ke masjid untuk mendengar ceramah beliau secara langsung walaupun bahasa yang digunakan dalam bahasa Arab. Itu tidak menjadi masalah, kerana seorang ustaz disediakan untuk menterjemahkan setiap ceramah yang disampaikan. Ulama' dunia yang tersohor ini sebenarnya baru sahaja dinobatkan sebagai tokoh Ma'al Hijrah bagi tahun 1431 H di Pusat Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini. Sudah tentu, para pencinta ilmu dan buku-buku tulisan beliau amat mengkaguminya malah begitu teruja untuk bertemu dengan beliau.
“Mereka merancang konspirasi dan Allah juga merancang. Dan Allah jualah sebaik-baik Perancang”. Wallahu'alam.

bersambung....
No comments:
Post a Comment