Doa Rabithah
Sesungguhnya Engkau tahu
bahawa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam perjuangan
Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayamu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela
Munsyid : Izzatul Islam
Alhamdulillah, hujung minggu yang lalu penulis berkesempatan ke program yang sangat dinanti-nantikan oleh Muslimat dan Nisa' Negeri Selangor. Walaupun penulis tidak mengikuti kesemua slot yang disediakan kerana ditugaskan sebagai Unit Pendaftaran, ia sedikit sebanyak memberi penulis dapat merasakan semangat dan roh perjuangan yang sebati dalam diri muslimat dan nisa' yang hadir ketika itu.
Memang muslimat POWER!!! la...
Hampir 200 juga penyertaan oleh peserta-peserta yang datang dari pelbagai cawangan Negeri Selangor. Penulis cukup kagum dengan jiwa tarbiyyah yang ditunjukkan oleh para peserta kerana sanggup meninggalkan suami dan anak-anak selama 3 hari 2 malam semata-mata untuk bersama menjayakan misi 'Rapatkan saff, pertahankan kemenangan'." Ada juga dikalangan peserta yang turut serta dengan membawa bayi yang masih kecil. Sukarnya penulis rasa, tapi itulah rencah dalam perjuangan. Memang memerlukan pengorbanan yang besar apatah lagi bagi mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang agama Islam. Kadang-kadang perkara ini membuatkan penulis berfikir dan berasa dalam ketakutan. Adakah penulis mampu menjadi seperti muslimat yang sentiasa bersedia dalam melaksanakan perjuangan yang dituntut oleh agama Islam. InshaAllah. Allah s.w.t telah berfirman : Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. " ( Muhammad : 7 )
Sesekali penulis terkenang pengalaman bersama sahabat-sahabat seperjuangan yang baru mengenal erti hidup dalam berjemaah.Pertama kali pergi program yang sangat 'hebat' hentamannya dari segi mental dan juga fizikal. Memang ketika itu, jiwa penulis agak memberontak apabila diperlakukan sebegitu rupa, tetapi akhirnya jiwa penulis tewas setelah dibuai tarbiyyah Ilahi. Wallahu'alam. Sukar untuk diceritakan apatah lagi digambarkan. Bagi yang sudah melaluinya berulang kali, moga istiqamah dalam perjuangan yang suci lagi 'haq'.
Jiwa muda yang dicucuk dan ditanam dengan roh perjuangan ini penghujungnya akan melahirkan manusia yang berani dan cekal jiwanya untuk menempuh mehnah atau tribulasi yang penuh keganasan. Walaubagaimanapun, roh ini akan mudah hilang sekiranya kita berada jauh dari jemaah apatah lagi bagi mereka yang semakin sibuk dengan urusan dunia. Penulis sendiri mengalaminya. Oleh sebab itu, ikatan hati yang kuat mesti dipupuk dalam diri agar sentiasa merasakan dan memikirkan masalah ummah. Bagaimanakah cara penyelesaiannya???Apakah yang perlu dilakukan???
Lagu-lagu perjuangan
Penulis yakin, lagu juga mampu menaikkan semangat dan roh perjuangan dalam diri para pejuang. Sebab tu semasa program, mesti ada lagu yang akan dijadikan lagu tema supaya ia berbekas dalam hati setiap peserta untuk panduan dalam meneruskan langkah perjuangan. Bukan hanya lafaz atau nyanyian, tetapi merupakan satu tindakan atau 'action' yang akan membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan. Sehingga kini, bait-bait lirik lagu tersebut akan terngiang-ngiang mengingatkan diri adakah anda benar-benar ingin berjuang? Disaksikan penciptaanNya. SubhanaAllah!!!Tetapkan hati-hati kami di jalanMU Ya Allah!!!sekiranya kami dijalan yang benar lagi diredhaiMU...
Ayuh...bukan hanya lagu, tapi kesaksian hidup...
Bingkai kehidupan
Mengharungi samudera kehidupa
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan
Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
kan menjadi saksi pengorbanan
Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Qu'ran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi
Munsyid : Shoutul Harakah
Buktikan!!! Bukan hanya lafaz nyanyian atau hafalan...Peringatan buat diri khususnya...
Wallahu'alam.
teruskan istiqomah srikandi2 Islam..jika lemah dan rebah knglah keperwiraan srikandi2 Islam yg ckal dan sggp bkorban kala zaman rasulullah..mrk xpunya ap..usahkan cntoh2 tauladan dr umat terdahulu dr mrk..apatah lg nasyid2 pjuangan..smgt xslamanya bkekalan..itulah pntgnya kfhamn..knl msi dan visi arena ini,pantas bermuhasabah apa sgt yg tlh ditabur utk pjuangan Islam tika lmah..blh juga sudi kiranya baca posting ini @http://nahwal-imtiyaz.blogspot.com/2009/10/virus-viru-mahasiswa-perjuangan.html..wallahua'lam
ReplyDeleteJazakallah ya akhi...
ReplyDeleteSememangnya kefahaman dan istiqomah itu penting. Moga-moga umat islam diberi kekuatan dan kefahaman dalam menjayakan misi kemenangan Islam. Ameen.