" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." ( Al-Baqarah : 286 )
" ...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( Al-Baqarah : 216 )
...Bisikan hati ...
Wahai hati yang sedang berduka,
Tabahkan diri agar terus kuat,
dalam pinjaman dari Yang Esa,
Apa yang dikehendaki,
tidak semestinya kau miliki,
kerna DIA lebih ketahui,
DIA beri apa yang engkau perlu,
bukan apa yang engkau mahu,
DIA beri apa yang engkau perlu,
bukan apa yang engkau mahu,
Sabar seketika bukan selamanya,
setiap yang mendatang,
pasti ada tersurat dan yang tersirat,
cari dan semailah ia sebaiknya,
agar diri lebih bersedia setiap ketika,
Jangan biar dirimu dicengkam dan hanyut
dalam khayalan nafsu, tipu daya syaitan,
hatta habuan boneka dunia,
demi mengharap kasih Ilahi,
Duhai hati yang dikasihi....
sucikan hatimu dengan siraman kasihNya,
melalui Dzat dan Asma'Nya,
agar terpancar 'NUR' yang terang
menyuluhmu ke lorong 'Haq'
menyusuri mehnah tanpa henti,
demi menggapai satu tujuan,
satu matlamat,
dalam meneruskan langkah perjuangan,
atas nama sebuah kehidupan,
yang hanya sementara,
penghujungnya adalah kekal,
moga dalam rangkulan kasihNya.
Ameen...
melalui Dzat dan Asma'Nya,
agar terpancar 'NUR' yang terang
menyuluhmu ke lorong 'Haq'
menyusuri mehnah tanpa henti,
demi menggapai satu tujuan,
satu matlamat,
dalam meneruskan langkah perjuangan,
atas nama sebuah kehidupan,
yang hanya sementara,
penghujungnya adalah kekal,
moga dalam rangkulan kasihNya.
Ameen...
Setiap yang manis pasti ada duka, begitu juga dalam menempuh kehidupan di dunia. Anda pasti akan diuji olehNya. Cuma berbeza dari orang lain kerana tanpa semua itu, tidak akan wujud sebuah kehidupan. Jadi, jangan mudah mengeluh atas apa yang menimpamu. Bangkitlah! untuk terus bangun dan meneruskan misi yang masih belum selesai dan jauh penghujungnya. Anda yang menentukan apa kesudahan hidup anda.
Moga-moga umat akhir zaman berada di kalangan para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Ameen.
No comments:
Post a Comment