Bismillahirrahmanirrahim...
Semua orang sukakan hiburan, termasuklah penulis. Yang bezanya adalah jenis hiburan yang dipilih sama ada pop rock, balada, evergreen, klasik hatta nasyid sekalipun. Ia dijadikan peneman bagi mengubat jiwa yang sering kontang dengan kasih sayang atau pengisi masa lapang. " Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah...Hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah..." Teringat bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Raihan. Atas keperihatinan Nisa' terhadap perkembangan hiburan di tanah air yang sangat berkembang pesat dan perbualan anak muda masa kini, Nisa' Malaysia telah mengambil satu alternatif untuk memberi pendedahan kepada remaja dan golongan belia terutamanya di kalangan kaum hawa atau nisa' sendiri bahawa islam juga mempunyai cara bagaimana untuk memilih hiburan atau melibatkan diri dalam hiburan. Oleh itu, wajar bagi kita selaku ummat Muhammad s.a.w,ummat akhir zaman yang sentiasa terdedah dengan kemungkaran kembali kepada panduanNYA iaitu kitab Al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w dalam membuat pilihan hiburan yang sepatutnya sejajar dengan syariat islam.
Alhamdulillah, buat julung kalinya Nisa' Malaysia bersama sahabat-sahabat Nisa' setiap Negeri akan melaksanakan program KAU '10 iaitu Karnival Aura Ungu yang akan bermula pada 21(Jumaat) dan 22 Mei(Sabtu) ini bertempat di Kompleks Kebudayaan, Seksyen 7, Shah Alam. Program KAU ini akan merangkumi PESONA iaitu pertandingan nyanyian peringkat solo dan berkumpulan yang diwakili oleh setiap negeri, ekspo, pemeriksaan kesihatan dan gigi, senamrobik, pertandingan Nisa' junior talentine ( berlakon, bercerita, silap mata ), pertandingan dance & freeze, dan macam-macam lagi....
Konsert dari wanita untuk wanita!!!
Kemuncak KAU 10 kali pertama ini adalah persembahan konsert dari penyanyi yang tidak asing lagi AISHAH dan Heliza AF5 pada 22 hb Mei ( Sabtu ) jam 8pm. Harga tiket hanya RM10 sahaja...
Hanya untuk wanita...
Jangan ketinggalan, mari datang beramai-ramai...
Jumpa anda di sana!!!
Moga-moga Allah s.w.t merahmati kita semua. Ameen...
No comments:
Post a Comment