Saturday, May 15, 2010

Tips from Bon Zainal

Bismillahirrahmanirrahim...




      How to improve your personality???


Alhamdulillah, telah dipilih untuk menghadiri seminar bersama Bon Zainal yang sangat terkenal dalam bidang hiburan terutamanya dalam 'modelling'. Walaupun program tersebut sangat janggal buat diri penulis, tetapi demi memenuhi permintaan seorang adik, penulis cuba menyesuaikan diri. 

Program yang sangat bagus dan berkesan bagi sesiapa yang masih belum mengenali personaliti diri, yang kurang berkeyakinan dengan personaliti diri dan orang yang sering menganggap personaliti atau imej itu kurang penting. Perkongsian selama hampir 2 jam dan diselang seli dengan lakonan oleh dua pelakon popular iaitu saudara Abon dan ( maaf penulis lupa namanya) amat menghibur dan mencuit hati. Semuanya secara spontan.

Tidak mahu berbicara panjang, menurut Bon Zainal, dalam hidup ini;
1) Don't judge a book by its cover .
2) Knowing oneself ( kenal diri sendiri ) tetapi realiti kini, kita lebih mengenali kawan-kawan kita.
3) You are not what you wear
4) It's not what you wear , but how we wear it.

Jika kita perasan, manusia zaman kini sangat mementingkan gaya atau jenama pakaian yang dipakai. Sepatutnya, bukan jenama atau harga yang kita kejar tetapi bagaimana cara kita menggayakan pakaian tersebut mengikut kesesuaian tempat dan berlandaskan syariat islam.
Bukan juga pakaian 'up to date' seperti mana kata-kata orang muda yang sentiasa mengikuti perubahan dan peredaran zaman yang semakin pesat. Di sini, yang penting adalah bukan apa yang kita pakai untuk dinilai tetapi cara kita memakainya.

Dengan itu, ia akan memberi keyakinan kepada si pemakai untuk berkomunikasi dengan lebih baik. Sebab itu, penampilan seseorang juga sangat penting dan perlu dititik beratkan kerana dari situ kita berupaya menonjolkan kekuatan dan kelebihan yang dimiliki.

Wallahu'alam...

Bagaimanakah penampilan anda???

No comments:

Post a Comment