Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun ketiga berturut-turut penulis dapat menjejakkan kaki ke Pesta Buku bagi tahun 2010. Dan sudah tentu penulis tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana di sana terdapat pelbagai jenis bahan bacaan yang sentiasa menggoda penulis untuk memilikinya dengan tawaran harga yang sangat berbaloi-baloi daripada harga biasa di pasaran. Jadi, persediaan kewangan yang secukupnya amat penting supaya bahan bacaan yang diingini dapat dibeli. Menjadi kebiasaan bagi penulis membeli bahan bacaan untuk adik-adik kesayangan. Kebetulan pada hari keempat terakhir Pesta buku, seorang sahabat penulis yang merupakan Komuniti Teman Inteam (KTI) telah mengajak penulis ke Pesta Buku sempena pelancaran dan persembahan nasyid oleh Inteam dan Unique. Alhamdulillah, pada ketika itu penulis agak berkelapangan dan berkesempatan untuk bersamanya memberi sokongan pada kumpulan nasyid tersebut.
Sesampai di sana, kelihatan begitu ramai kelibat manusia di setiap 'booth' yang tersedia dengan hasil produk masing-masing. Sungguh teruja dengan sikap rakyat Malaysia yang sebenarnya suka membaca. Di satu ruang legar besar, disediakan satu pentas utama bagi sebarang upacara perasmian dijalankan dan si situlah majlis pelancaran album ' Nur Muhammad' dijalankan. Kesempatan ini sangat berharga bagi penulis kerana lagu-lagu yang disampaikan sangat meruntun jiwa supaya kembali menyusuri lembaran kisah hidup dan pengorbanan Pesuruh Allah; Nabi Muhammad s.a.w. Budaya selawat juga kurang diterapkan di dalam kehidupan masa kini, dan inilah salah satu alternatif yang sangat bersesuaian bagi umat islam untuk mengambilnya sebagai langkah pengenalan seterusnya pengamalan selawat ini direalisasikan.
Penulis sangat menghargai usaha yang dijalankan oleh pihak Inteam Records ini. Yang menariknya terdapat satu lagu yang sangat istimewa kerana turut menggunakan kombinasi bahasa Melayu, Cina dan India. Ini menunjukkan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia dan sudah tentu ini merupakan salah satu usaha mendekati golongan bukan islam supaya mereka dapat mengetahui islam melalui sentuhan alunan nasyid. Kulit album yang berhiaskan warna merah jambu juga sangat menarik dan membuatkan peminat begitu terpegun lantas berusaha untuk mendapatkannya termasuklah penulis sendiri. Pemilihan pakaian jubah serba putih, diserikan lagi dengan serban dan penggunaan tongkat sebenarnya menjelaskan tentang pakaian sunnah Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada umum tidak mengira agama bahawa inilah yang telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dan sewajarnya dibudayakan. Rasulullah s.a.w telah bersabda : " Barangsiapa yang mengamalkan sunnahKu, maka dia akan berjaya di dunia dan di akhirat."
Tidak ada istilah ganjil atau pelik bagi masyarakat moden kerana dengan cara ini sahaja, budaya barat atau kuning dapat ditepis dan dinyahkan dalam kehidupan yang penuh dengan kemungkaran. Hanya yang benar-benar mantap dan teguh imannya berjaya mempraktikkan sunnah ini sejajar dengan hadith dan QalamNya.
Sungguh beruntung orang yang berusaha mendapatkan album ini dek kerana gabungan serta paduan dua kumpulan nasyid ini sangat mantap dan memukau penonton. Seterusnya menjadikan lagu dan lirik yang dinyanyikan oleh mereka berjaya membuatkan hati-hati yang mendengar tunduk padaNYA. Moga setiap alunan suara menyebut dan menghayati selawat ini akan menjadi bukti sayang kita pada baginda s.a.w yang akhirnya akan mendatangkan manfaat pada kita khususnya umat Islam di akhir zaman. Ameen. InshaAllah.
Sokonglah industri nasyid tanah air dan belilah album yang original.
Moga usaha yang dijalankan ini dapat keberkatan dariNYA dan akhirnya demi manfaat bersama. Ameen.

No comments:
Post a Comment