“Assalamualaikum, tolong sembahyang hajat buat Puan Khadijah dan rombongannya yang berada di perairan Gaza kerana hendak diserang oleh Komando Israel.”
Saya menerima pesanan ringkas (SMS) dari ayah di Malaysia. Pesanan ringkas itu tidak dapat saya balas segera memandangkan masih mengalami masalah talian internet. Lantas saya segera menghubungi Ustaz Muin selaku Pengarah MiniPavillion PMRAM untuk mengetahui maklumat lanjut perkembangan yang berlaku terhadap armada kemanusiaan Gaza Freedom Flotilla.
Berikut perbualan saya dengan beliau.
Macammana keadaan konvoi ke Gaza? Saya menyoal membuka bicara.
Setakat ini konvoi akan bertolak ke Gaza hari ini. (Bertarikh 30 Mei 2010)
Samaada pagi ini atau tengahari, yang tu saja ana berani cakap.
Sebab keputusan dari Pertubuhan Turki kadang-kadang boleh berubah sebab tengok keadaan.
Depa nak kena serang dengan Komando Israelka? Wakil Malaysia tu siapa?
Wakil yang setakat ana tau dari NGO Haluan, Yayasan Amal, Muslim Care dan beberapa lagi. Wartawan Astro Awani juga ada sekali.
Mak Cik yang ana kenal pun ada sekali, dia korporat.
Tu kaa?
Ya, ayah ana suruh solat hajat, jangan bagi Israel serang.
Insha’Allah, Israel takkan berani serang tapi mungkin akan bertindak merosakkan enjin atau rampas kapal. Ini pada pandangan ana secara kasar, tapi.. mungkin Israel akan berundur dari tindakan macam itu bila ditekan dari sudut politik.
Apa alasannya? Soal saya kembali.
Alasan Israel, perairan Gaza adalah zon tentera. Dan Israel boleh beri kapal-kapal itu berlabuh di pelabuhan Israel untuk punggah yang akan dihantar ke Gaza melalui PBB dengan pengawasan Israel.
Jadi (mereka) boleh ambil tindakan membabi buta?
Kalau tak ada mana-mana pihak berkeras. Dia (mereka) akan mengambil tindakan membabi buta. Israel dah dihina semalam akibat enggan menandatangani perjanjian bagi menghalang penyebaran nuklear.
Turki dan beri amaran pada Israel jangan ganggu armada pembebasan ke Gaza. Sekarang ini kalau tekanan kuat dari sudut politik ke atas Israel, memang Israel tak akan serang armada tapi sekadar provokasi.
Kelmarin, Cyprus tak bagi kapal nama 8000 berlabuh di pelabuhan Cyprus untuk ambil ahli-ahli parlimen Eropah ke kapal-kapal armada. Setakat yang ana tau macam itu.
Jadi sebab apa Cyprus halang kapal 8000 berlabuh untuk ambil ahli parlimen eropah?
Sebabnya kalau ahli parlimen eropah ada bersama armada, armada akan dilindungi kuasa politik. Jadi sekarang ini kuasa politik mesti member tekana kepada Israel. Israel berlagak jahat sebab tak ada siapa berani tengking Israel.
Kirim salam pada Mak Cik tu. Enta call la dia Tanya apa-apa. Mana tau ada maklumat.
Baiklah, terima kasih bagi maklumat. Nanti ana cuba contact. Buat masa sekarang sedang alami masalah internet. Syukran jazilan. (Saya sudah call untuk mendapatkan maklumat terkini, tetapi mengalami masalah gangguan teknikal – tidak jelas)
(Itu berita semalam, terkini armada tersebut telah diserang oleh Komando Israel melalui laut dan udara)
SI KAYA YANG PEMURAH
Mengapa saya mengenali Puan Khadijah?
Kerana beliau adalah seorang penyumbang kewangan terbesar pengajian saya selama menuntut di Universiti al-Azhar. Terlalu pemurah hatta sesiapa yang mengalami masalah kewangan tanpa berlengah beliau lekas menghulurkan bantuan.
Pernah dikhabarkan bahawa suatu ketika beliau telah menyumbangkan RM10,000 kepada Sekolah Pondok Parit Panjang, Baling bagi tujuan baik pulih dan kegunaan pihak sekolah.
Hari ini, beliau menjadi sebahagian rombongan armada Gaza Freedom Flotilla bersama bantuan kemanusiaan berupa makanan, perubatan dan pendidikan sanggup membelah samudera serta menghadapi risiko diserang Israel laknatullah hanya semata-mata membantu saudara seakidah di Gaza.
Allahu Akbar! Saya begitu kagum dengan pengorbanan Si Kaya yang pemurah seperti ini. Tidak bacul, tidak pengecut dan menikus. Bahkan tidak bakhil dengan harta demi berkorban fi sabilillah!
Sabda Rasulullah SAW:
Tiadalah harta itu berkurang disebabkan oleh sedekah ( riwayat Muslim)
Firman Allah SWT pula di dalam Surah al-Baqarah:
“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati ” (Al-Baqarah : 262)
Andaikan kita tidak mampu menjadi sebahagian dari kalangan mereka – para aktivis dan pejuang Palestin, sekurang-kurangnya kita peka dengan perkembangan yang berlaku terhadap dunia Islam kini. Lalu perbanyakkan doa serta bermunajat agar bantuan Allah SWT tiba menaungi umat Islam seluruhnya.
Ayuh, bantulah mereka!
8:24AM, 31 Mei 2010,
Siberbay, Tanta.
Siberbay, Tanta.
Sumber blog Faridrashidi. Com
No comments:
Post a Comment