Hampir dua minggu penulis menghabiskan cuti hari raya bersama keluarga dan sanak saudara di kampung. Kali ini, penulis berasa amat gembira kerana berkesempatan bertemu saudara mara yang sudah hampir beberapa tahun tidak berjumpa. Kesempatan pada cuti hari raya ini kami manfaatkan untuk bertemu dan berhubung di antara satu sama lain.
Alhamdulillah, pagi Jumaat yang mulia telah diiringi dengan hujan yang agak lebat. Kedengaran juga sayup-sayup alunan bacaan ayat Al-Quran dari Masjid UPM yang tidak jauh dari rumah penulis. Menurut staf Pusat Islam UPM apabila bacaan Al-Quran dialunkan pada bukan waktu kebiasaan (waktu selain hampir masuk waktu solat) menandakan terdapatnya kematian di mana jenazah tersebut akan disembahyangkan di Masjid UPM.
Pagi itu juga, keluarga penulis baru sahaja bertolak untuk meneruskan perjalanan ke Perak setelah bermalam di rumah penulis. Ayah penulis mengambil keputusan untuk tidur di rumah penulis kerana keletihan memandu sepanjang hari dari Muar menuju ke Perak. Kebetulan, penulis juga perlu pulang awal ke Serdang kerana komitmen kerja.
Jalan raya juga tidak begitu sesak dengan kenderaan dan menyebabkan pemanduan ayah penulis lebih lancar. Cuma kadang-kadang tersangkut kerana kereta yang dipandu 'tewas' apabila melalui bonggol yang tinggi. Dan setiap kali perjalanan, ada sahaja tempat yang ayah penulis ingin singgah. Sebagai anak, kami hanya mengikut tanpa berkata apa-apa. Menurutnya, bukan selalu dia dapat bawa anak-anaknya berjalan dan dia mengambil masa perjalanan pulang untuk singgah di mana sahaja tempat yang beliau suka. Destinasi yang akan ditujui ialah Mydin yang terletak di Ayer Keroh, Melaka.
Seingat penulis, setiap kali pulang ke kampung atau pulang dari kampung , ayah penulis tidak akan melepaskan peluang untuk membeli belah di Mydin. Ini mungkin kerana harga barangan yang ditawarkan sangat berbaloi dan memuaskan. Ini juga merupakan kali pertama kami menjejakkan kaki di Mydin Melaka dan ternyata itu antara Mydin terbesar yang pernah kami kunjungi. Setelah masing-masing mendapatkan keperluan yang diingini, kami terus menunaikan solat Jamak dan Qasar pada waktu zuhur sebelum meneruskan perjalanan. Perkara yang menggembirakan apabila di situ terdapat Restoran RFC (Radix Fried Chicken) yang kini sering diperkatakan kerana hampir setaraf dengan Restoran KFC. Penulis begitu teruja kerana sekian lama mencari dan belum berpeluang menikmati kelazatan RFC. Alhamdulillah, ia merupakan satu nikmat bagi penulis dan usaha pengasas HPA untuk menghasilkan produk-produk muslim yang halal amat berjaya kerana semakin mendapat perhatian serta diterima umum. InshaAllah, kita sama-sama membantu dan menyokong produk keluaran hasil tangan orang islam supaya lebih terjamin.
Hari semakin gelap dan perjalanan perlu diteruskan. Dj radio tidak jemu memutarkan lagu-lagu raya walaupun sudah masuk ke Syawal yang ke-6. Memang tidak bosan apabila dengar lagu raya, cuma jangan sampai kita lalai dan melanggar adab-adab di bulan Syawal. Kami turut berziarah ke rumah anak saudara ayah di Kajang memandangkan kami melalui jalan yan g sama dan berdekatan dengan rumah sewa penulis di Seri Kembangan. Waima, penulis sendiri sudah lama tidak bertemu dengan Kak Aishah yang merupakan anak kepada kakak ayah penulis. Emaknya telah lama meninggal dunia kerana penyakit kanser. Pertemuan ini merupakan perancangan Ilahi yang sungguh indah kerana sebelum ini penulis memang ingin berjumpa dengannya kerana rumah Kak Aishah tidak jauh dari rumah penulis. Tetapi tidak kesampaian atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Masa dimanfaatkan sebaiknya bersama Kak Aishah untuk mengetahui dan meng'update' perkembangan terkini kakak saudara penulis itu. Ternyata, kini dia sibuk menguruskan perniagaannya dalam bidang 'salun kecantikan' kerana kemahiran yang dimiliki.
Setiap kali tetamu datang ke rumah, ada sahaja makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah. Inilah adab orang Islam di mana kita dikehendaki memuliakan tetamu kerana mereka akan mendoakan kesejahteraan tuan rumah dan di situ terdapat keberkatan. Kak Aishah yang merupakan anak jati Negeri Sembilan sempat menggorengkan bihun untuk santapan kami. Alhamdulillah, sekali lagi nikmat dan rezeki kurniaan dariNYA.
Tiba masa untuk kami bergerak pulang kerana waktu Maghrib hampir tiba. Oleh kerana ayah penulis dan penulis sendiri kurang mahir jalan untuk balik ke Serdang dari Kajang Utama walaupun sering ke Kajang. Jadi, Kak Aishah menjadi penunjuk jalan sebelum kami berpisah di dua lorong satu menghala ke Bangi dan satu lagi jalan ke Putrajaya. Untuk dijadikan cerita, ayah penulis tersalah masuk lorong kerana salah faham apa yang diterangkan oleh Kak Aishah. Walaubagaimanapun, jalan yang telah ayah penulis masuki sebenarnya boleh tembus ke Serdang, cuma mungkin jalannya lebih jauh. Keadaan agak cemas kerana ayah penulis risau salah jalan dan dia berhasrat untuk mengundur kereta tersebut. Dari belakang, berderu-deru kereta meluncur dengan kelajuan yang amat tinggi. Gerun apabila melihat sikap pemandu yang memandu dengan kelajuan yang maksimum.
Insiden yang mencemaskan, saat di mana apabila ayah penulis menghidupkan 'signal' lampu kecemasan dan cuba mengundur kereta ke belakang, dari belakang terdapat sebuah teksi yang menghampiri. Penulis ingatkan pemandu teksi tersebut perasaan dengan tindakan ayah penulis. Rupa-rupanya dia memandu dengan begitu laju dan semakin lama semakin menghampiri kereta kami. Penulis mula risau dan meminta ayah penulis membatalkan hasrat untuk mengundurkan kereta ke belakang sebaliknya meneruskan perjalanan. Walaubagaimanapun, memang tidak sempat berbuat apa-apa teksi tersebut betul-betul sudah berada di belakang kereta dan hampir melanggar belakang kereta kami. Alhamdulillah, atas izinNYA pemandu teksi tersebut berjaya mengawal keretanya dengan menekan brek kecemasan. Sungguh mencemaska apabila mengingatkan detik ketika hampir dilanggar. Sesungguhnya Allah S.W.T lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Sepanjang perjalanan, masing-masing senyap kerana masih trauma dan beristighfar. Moga-moga ia jadi iktibar buat kita semua.
Berhati-hatilah di jalan raya. Amalkan sikap berdisiplin di jalan raya. InshaAllah, akan selamat.