Friday, May 6, 2011

Tercipta sebuah ikatan ^_^

Bismillahirrahmanirrahim....




      Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT di atas nikmat iman dan islam kepada kita. Ayuh, lazimi selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda SAW di penghulu segala hari ini bahkan setiap hari juga detik! 
Sudah lama penulis tidak meninggalkan jejak di blog ini yang menjadi tempat untuk penulis berkongsi cerita, pengalaman dan sedikit ilmu yang telah dikutip sepanjang diberi kesempatan hidup di dunia sementara ini.
Sedar atau tidak, dunia semakin hari semakin mencapai usia tua, begitu juga diri kita selaku manusia yang pasti akan meningkat usia. Sudah tentu kematian juga menanti kita!
Sudahkah kita bersedia untuk bertemu dengan Rabbul Jalil ? 


Sebuah kehidupan




     Setelah sekian lama meninggalkan zaman kanak-kanak, zaman remaja, kini penulis sudah melangkah ke alam dewasa. Semua orang pasti akan menghadapinya, tidak terkecuali semuanya dengan izin dan aturan Allah SWT.   Jika diimbas kembali zaman masa kecil-kecil dahulu, rasa seperti mahu kembali ke alam itu, kerana ketika itu hidup penulis begitu indah dan seronok. Mana tidaknya zaman kanak-kanak kan zaman untuk bersuka ria, bermain-main bersama kawan, dan semua yang kita inginkan pasti akan tertunai (walaupun kadang-kadang tidak tertunai ). Cikgu penulis juga pernah mengatakan bahawa zaman persekolahan adalah zaman yang paling indah. Ada benarnya juga kerana di situlah kita menuntut ilmu dan beraktiviti bersama kawan-kawan dan cikgu dari umur 7 tahun hinggalah umur 17 tahun. Hampir 10 tahun kita berada di sekolah bagi sesiapa yang bersekolah secara formal seperti penulis. 

Itulah proses pendidikan manusia yang dicipta oleh konspirasi-konspirasi tertentu. Apakan daya bagi penulis untuk mengubahnya pada zaman itu.  

Kehidupan yang indah pasti menjadi impian setiap dari kita begitulah juga penulis. Ada masa kita berasa seronok dan berpuas hati dengan kehidupan yang kita miliki sekarang. Ditambah dengan mendapat pekerjaan yang baik dan dikelilingi pula oleh teman-teman yang sangat memahami dan membantu. Tetapi sejauh mana dan setakat mana kita boleh bersama sahabat-sahabat kita?

Saat tiba masanya, pasti kita akan ditinggalkan oleh seorang demi seorang kawan kita setelah mereka menamatkan zaman bujang. Itu tidak bermakna ditinggalkan selamanya , cuma dari peringkat untuk tinggal bersama sudah tidak boleh. 

Ya, kita merancang, DIA juga merancang dan DIA juga adalah sebaik-baik perancang. Penulis merasakan begitu cepatnya perancangan DIA dalam menentukan layar bahtera kehidupan seorang hamba yang kerdil ini. Mungkin sudah sampai masa atau 'seru' agaknya untuk penulis menamatkan zaman bujang. Sudah pasti ujian dan amanah akan bertambah setelah bergelar isteri atau 'zaujah' kelak. Ya Allah! jika benar dia adalah yang terbaik buatku, maka Kau mudahkanlah urusan kami, Kau berkatilah kami dan Kau tanamkan lah cintaku padanya hanya keranaMU begitu juga dirinya, Jangan biarkan cintaku padaMu kurang walaupun diri ini akan menjadi bakal 'zaujah' kepada seorang 'zauj'. Ameen...Itulah yang telah tercatat di Luh Mahdfuz!

Alhamdulillah, umpama tidak percaya kerana semuanya sudah selesai dengan izinNYA, diri ini telah selamat diikatkan dengan satu ikatan hati kerana Allah SWT. Mudah-mudahan ia menjadi titik permulaan yang baik untuk penulis meneruskan bahtera yang lebih mencabar pada masa akan datang.

Sepanjang proses ikatan ini, sudah pasti bermacam rasa yang bermain di fikiran penulis. SubhanaAllah! begitulah ujian kerana si syaitan tidak akan terus berhenti untuk merosakkan umat Nabi Muhammad SAW.  Hasil nasihat, tunjuk ajar dan doa orang tersayang di sekeliling penulis telah membuahkan satu kekuatan dalam diri untuk redha dengan setiap ketentuanNYA.  Tempoh pertunangan ini sebenarnya adalah tempoh ujian sebelum seseorang wanita atau lelaki itu akan menikah. Apa yang penting adalah kebergantungan kita kepada Allah SWT agar tidak merasakan sesuatu yang kurang pada diri atau bakal pasangan. Teruskan menggali ilmu, mencari keserasian dan memperbanyakkan solat agar mudah-mudahan pernikahan yang bakal dihadapi kelak akan mendapat barakah dan keredhaan Ilahi. 

InshaAllah, inilah syurga dunia yang diidamkan oleh setiap pasangan yang akan berkahwin. Doaku untuk menjadi anak yang solehah ^_^ dan selepas ini InshaAllah ingin menjadi isteri yang solehah! the best wife ! adakah seperti Siti Khadijah? atau Aishah? 
InshaAllah, berusahalah untuk memberi yang terbaik mengikut sunnah baginda SAW, pasti bahagia hingga ke syurga!

Seterusnya, terus melangkah dan bergerak dalam misi perjuangan Islam yang tercinta tidak akan terhenti! InshaAllah...

Mudah-mudahan Allah SWT meredhai semuanya...AMEEN....


No comments:

Post a Comment