Bismillahirrahmanirrahim...
"Apabila seseorang bangkit di waktu pagi, semua anggotanya merayu kpd lidah dgn berkata : “Kami minta dgn nama Allah supaya kamu lurus, kerana jika kamu lurus, kami semua menjadi lurus & sebaliknya jika kamu bengkok, kami semua bengkok..”riwayat Abu Said Al-Khudri r.a.
Alhamdulillah, semalam penulis bersama seorang sahabat telah menghadiri temuduga jawatan sebagai 'ustazah' di MAQDI. Memang sebelum ini, penulis berhajat untuk belajar di tempat seperti MAQDI tetapi tidak kesampaian. Allah jua yang mengatur perjalanan hidup hamba-hambaNya seperti mana penulis dan sahabat-sahabat sekarang. Perjalanan kami dari Serdang ke sana mengambil masa hampir 3 jam setengah kerana itu kali pertama penulis dan sahabat menjejakkan kaki di Bukit Sentosa, Rawang. Syukur alhamdulillah, walaupun perjalanan untuk sampai ke MAQDI menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan, ia tetap tidak mematahkan semangat penulis untuk sampai ke destinasi walaupun yang memandu bukan penulis tetapi sahabat yang sentiasa di sisi. ( Syukran jazilan atas kerjasama nti, Allah SWT jua yang dapat membalasnya ).
Sahabat mesti tertanya-tanya, apa itu MAQDI?Apa yang ada dengan MAQDI? Macam mana penulis mengenali MAQDI? Bagi penulis MAQDI sangat istimewa setelah perkongsian cerita oleh mudirnya Ustaz Yahya bin Pikin bersama ahli keluarganya.
Sahabat mesti tertanya-tanya, apa itu MAQDI?Apa yang ada dengan MAQDI? Macam mana penulis mengenali MAQDI? Bagi penulis MAQDI sangat istimewa setelah perkongsian cerita oleh mudirnya Ustaz Yahya bin Pikin bersama ahli keluarganya.
... Sedikit perkongsian mengenai MAQDI...
MAQDI adalah nama singkatan bagi Maqtabah Al-Quran Darul Iman. Dengar nama pun mesti sahabat dah tahu apa yang ada dengan MAQDI. Menurut mudir, madrasah ini baru sahaja berpindah lokasi dari Damansara Damai ke Bukit Sentosa, Rawang memandangkan tanah lama kepunyaan orang lain. Penulis begitu kagum dengan Ustaz Yahya sekeluarga kerana mereka membuka madrasah tersebut atas kesedaran dan sumber kewangan sendiri. Tak terbayang susah payah dan jerih perit mereka selama 4 tahun untuk menjadikan MAQDI sebuah pusat pendidikan yang mana tujuan utamanya untuk melahirkan generasi yang berilmu, beragama dan mampu berdikari dalam menghadapi masa mendatang yang semakin hebat persaingannya dalam mengejar kehidupan.
MAQDI adalah nama singkatan bagi Maqtabah Al-Quran Darul Iman. Dengar nama pun mesti sahabat dah tahu apa yang ada dengan MAQDI. Menurut mudir, madrasah ini baru sahaja berpindah lokasi dari Damansara Damai ke Bukit Sentosa, Rawang memandangkan tanah lama kepunyaan orang lain. Penulis begitu kagum dengan Ustaz Yahya sekeluarga kerana mereka membuka madrasah tersebut atas kesedaran dan sumber kewangan sendiri. Tak terbayang susah payah dan jerih perit mereka selama 4 tahun untuk menjadikan MAQDI sebuah pusat pendidikan yang mana tujuan utamanya untuk melahirkan generasi yang berilmu, beragama dan mampu berdikari dalam menghadapi masa mendatang yang semakin hebat persaingannya dalam mengejar kehidupan.
Penubuhan dan pembukaan MAQDI bermula bila mana Pak Ya ( panggilan ustaz yang lebih mesra ) ingin menghantar anak-anaknya belajar di madrasah Kubang Bujuk, Terengganu tetapi gagal dalam temuduga kemasukan ke sana. Mereka belajar di Terengganu tetapi di Bukit Kenak sebelum mrenyambung ke maahad lain. Atas sebab itu, Pak Ya dan isterinya membuka madrasah sendiri kerana bagi mereka sesiapa sahaja berhak belajar dan mendapatkan ilmu kerana kita semua bermula dearipada 'kosong'. Sejak itulah, bermula episod perjuangan Pak Ya sekeluarga untuk mendirikan MAQDI sehingga sekarang. Yang mana pelajar-pelajar yang diterima antaranya mereka yang langsung tidak mengenal huruf selain yang sudah boleh membaca untuk membuka ruang seluas mungkin bagi sesiapa yang ingin mempelajari dan mendalami Al-Quran sama ada sepenuh masa bagi kanak-kanak atau separuh masa bagi dewasa dan kanak-kanak. Di MAQDI, para pelajar diwajibkan menghafal Al-Quran dan belajar Tafsir, Ilmu Hadith, Muzakarah kitab, solat, wirid dan perlaksanaan solat-solat sunat, asas bahasa Arab, Inggeris, Matematik, Sains selain Kemahiran Hidup. ( latihan memasak, menjahit, pertukangan kayu, pemasangan paip dan lain-lain asas pertukangan).
Pak Ya juga mendapatkan sumber pendapatan dari hasil ternakan kambing, ayam dan arnab serta penanaman sayuran sendiri sebagai bekalan makanan untuk para pelajar. Memang 100% sumber pendapatan ahli keluarga Pak Ya digunakan untuk menampung perbelanjaan madrasah tersebut di samping beberapa sumbangan daripada orang ramai. Cuba sahabat-sahabat bayangkan bagaimana Pak Ya dan isteri serta 6 orang anaknya mencari sumber pendapatan setiap hari semata-mata untuk mendirikan MAQDI. Sesungguhnya usaha murni Pak Ya sekeluarga wajar dicontohi dan mudah-mudahan ia menjadi bekalan di akhirat kelak. Ameen. Sebelum ini, penulis juga pernah berhajat untuk membuka satu pusat tahfiz walaubagaimanapun sudah tentu ia memerlukan pelan jangka masa panjang. InshaAllah., doakan penulis berjaya mencapai apa yang diimpikan.
Penulis juga sempat meninjau kawasan sekeliling bangunan madrasah yang disewakan di bangunan kedai setinggi empat tingkat. Walaupun bangunan tersebut nampak lama, tetapi InshaAllah selepas dibaik pulih dan dikemaskinikan akan tampak indah serta menenangkan. Penulis tidak berkesempatan untuk mengambil gambar kerana tidak membawa kamera ketika itu. Di kawasan tersebut terdapat empat bangunan, tetapi Pak Ya hanya menyewa bangunan pertama dan bangunan keempat ( belakang sekali ). Madrasah tersebut terletak di bangunan pertama di mana terdapatnya surau, pejabat, asrama pelajar. dewan makan, dapur, tempat belajar dan asrama cikgu. Manakala bangunan belakang pula digunakan sebagai tempat tinggal haiwan ternakan seperti kambing, ayam dan arnab. Penulis sangat terkejut sebab itu kali pertama penulis dapat lihat haiwan ternakan di dalam bangunan berdindingkan batu bukan kandang yang diperbuat daripada kayu. Memang sekarang zaman sudah moden Dekat mana-mana boleh ternak haiwan asalkan tidak menganggu keselamatan dan keselesaan orang awam. Bak kata pepatah ' Nak seribu daya, taknak seribu dalih' . Mesti banyak cara dan kena kreatif untuk meneruskan kehidupan.
Sedar tak sedar, penulis leka berbual dengan keluarga Pak Ya sehingga tidak perasan hari semakin lewat dan hujan pun mula turun renyai-renyai. Jadi penulis dan sahabat meminta diri untuk pulang sebelum hujan yang lebih lebat akan turun dan bila-bila masa akan menganggu perjalanan kami pulang.
Moga bertemu kembali MAQDI..InshaAllah..
Cuna masa sekarang, penulis perlu membuat keputusan sama ada hendak menerima jawatan ustazah tersebut atau pun tidak. Sukar untuk penulis membuat keputusan berdasarkan beberapa faktor. Pandangan sahabat-sahabat bagaimana pula? Adakah penulis wajar menerima jawatan tersebut? lnshaAllah semua aturanNYA.
“ Carilah HIKMAH dlm setiap ketentuan ALLAH, spaya timbul rasa KESABARAN & KESYUKURAN, setiap yg payah pasti ada kesenangan, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN..yakinlah dgn janji ALLAH". ( Muhammad : 7 )
No comments:
Post a Comment