Sedarkan anda? Tahukah anda? Isu hangat yang melanda negara semakin hari amat membimbangkan. Di manakah peranan pemimpin? Di manakah para ulama'? ustaz dan 'alim? Di manakah anda ? selaku masyarakat Malaysia yang beragama islam. Apakah tindakan anda? Adakah sekadar melihat? atau mendiamkan diri?
Sepanjang tiga minggu yang lalu, hampir 11 Gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan 2 buah surau telah dicemar dan dirosakkan oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Adakah ini yang diinginkan oleh kita sebagai orang islam yang cintakan kedamaian? apatah dalam Malaysia tercinta yang menempatkan hampir 26 juta rakyat berbilang kaum dan agama. Isu ini semakin hari semakin serius dan tidak menampakkan sebarang jalan penyelesaian. Sebaliknya rumah-rumah ibadah menjadi mangsa serangan yang tidak sepatutnya. Di manakah 'nilai' ataupun adab-adab yang telah diterapkan dalam setiap agama masing-masing tentang betapa mulia dan sucinya rumah-rumah ibadah?
Implikasi Penggunaan Kalimah ALLAH di Malaysia
Alhamdulillah, berkesempatan menyertai Forum ' Implikasi Penggunaan Kalimah ALLAH di Malaysia'. Ia sedikit sebanyak dapat membuka mata hati dan mengubah 'mind setting' seperti mana yang penulis faham sebelum ini. Di samping barisan ahli-ahli panel jemputan yang mewakili bidang dan kepakaran masing-masing. Sememangnya gandingan ini sangat mantap dan apabila digabungjalinkan mampu menghasilkan satu kesimpulan yang amat berkesan untuk dilaksanakan di negara ini. Ahli-ahli panel tersebut ialah YB Dr. Mujahid Yusof Rawa dari Parlimen Parit Buntar yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Mohammed Yusof b Dawood Gany atau nama popularnya 'Bro Gibril' selaku pensyarah UTAR dan saudara Mohd Idris b. Mohd Yussoff yang merupakan Presiden GAMIS.
Forum tersebut telah dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) bersama Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PBBB) atas kesedaran peri pentingnya pendedahan dan penjelasan tentang isu kalimah Allah kepada penduduk Bangi khususnya dan mahasiswa sendiri.
Adakah anda merasa resah dan gelisah apabila mendengar isu kalimah Allah swt? Siapalah yang akan gelisah? Berikut adalah jawapan yang telah dinyatakan oleh Dr Mujahid:
- Orang yang lemah dan tiada ilmu
- Orang yang tidak faham Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw
- Orang yang mengamalkan semangat nasionalisme yang sempit dan
- fikiran politik yang sempit.
Kenapa Dr berkata begitu? ini kerana ruang lingkup kefahaman tentang ilmu disalahgunakan. Di mana ilmu bukan semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan atau bukan untuk mendapatkan pekerjaan. Tetapi ilmu dari segi falsafah adalah kebenaran dan bagaimana kita meng'interpret' ilmu itu untuk membezakan yang mana benar dan palsu. Jadi apabila isu ini timbul, ia memberi cabaran kepada orang Melayu yang ragu dengan agama islam dan bagi mereka yang mengamalkan liberalisme dalam beragama. Dan ramai juga dikalangan kita orang Melayu Islam khususnya menganggap isu agama merupakan isu peribadi yang tidak ada kena mengena dengan aqidah. Tak kurang juga bagi orang yang menganggap agama sebagai budaya. Itu adalah hasil bagi ilmu yang tidak dicedok menggunakan mata hati tetapi semata-mata di atas kertas. Justeru, YB menggesa satu anjakan paradigma dalam perlembagaan dijalankan iaitu penukaran 'word' atau perkataan MELAYU ISLAM ditukar kepada ISLAM MELAYU. Dengan makna kata Mengislamkan yang Melayu, bukan Memelayukan Islam seperti mana yang dilihat sekarang. Bagaimanakah caranya??? Perkara yang paling utama sekali ialah kita kena bina kekuatan aqidah, seterusnya melahirkan generasi-generasi Al-Quran dan As-Sunnah sebagai cara hidup dan memastikan terdapat di kalangan anak-anak dalam setiap keluarga yang menghafaz Al-Quran. Ini penting supaya dapat mewujudkan keluarga Islam yang benar-benar mantap dan sahih aqidah dan akhlaknya secara tidak langsung dapat menepis segala habuan dunia mahupun godaan jin dan syaitan. InsyaAllah.
Seterusnya, beliau telah mengupas isu ini kepada 3 dimensi iaitu pertama dari dimensi perundangan atau 'legal', kedua dari sudut sentimen dan yang terakhir berdasarkan fatwa atau apakah pandangan Islam dalam hal ini? Menurut YB, sebenarnya keputusan yang dibuat tidak salah kerana ia berdasarkan hak kebebasan beragama. Ia bersifat 'natural' kerana sesiapapun boleh pertahankan hak masing-masing kerana wujudnya mekanisma kawalan. Seperti yang terkandung dalam artikel 11(4) yang menyebut tentang kebebasan beragama tetapi bukan mutlak dan orang bukan islam tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. Dalam kes ini, orang Kristian boleh menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan mereka tetapi tidak boleh diedarkan kepada orang islam. Walaubagaimanapun, terdapat peruntukkan enakmen negeri-negeri seperti Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak kerana tiada pengawalan. Ini kerana ada peruntukkan yang mengawal isu-isu ini.
Jika dilihat dari sudut sentimen pula, ia tidak boleh dikawal dengan baik kerana melibatkan emosi individu dalam mempertahankan nama Allah swt. Sebagai muslim, perasaan dan emosi perlu diimbangi demi menjaga agama kerana setiap tindak tanduk yang tersalah langkah, akan membawa padah yang teramat parah. Beliau turut menyentuh tentang segelintir golongan 'munafiqin' yang mempergunakan agama demi kepentingan politik. Ini akan lebih mendedahkan lagi kelemahan umat islam itu sendiri kerana Rasulullah saw sendiri semasa berperang, tidak membenarkan sahabat-sahabat baginda membakar rumah ibadah. SubhanaAllah, betapa mulianya akhlak baginda kerana menghormati rumah ibadah agama lain. Memang sepatutnya dicontohi kerana di situlah bermulanya dakwah islam kepada orang kafir.
bersambung...
No comments:
Post a Comment