Pelbagai isu dan berita telah timbul sepanjang bermulanya ketibaan tahun baru kali ini. Sememangnya kemelut yang melanda negara semakin rumit dengan peningkatan bermacam kes bermula dengan masalah sosial, jenayah, politik hinggalah kepada masalah sensitiviti penduduk Malaysia yang berbilang agama dan kaum. Sedar atau tidak, kita sebagai umat islam sewajarnya memainkan peranan sebagai agen perubahan kepada masyarakat lain supaya segala bejat masalah ummah dapat diselesaikan dengan mudah dan selamanya. InsyaAllah.
Baru-baru ini seluruh dunia begitu ghairah menyambut kedatangan tahun 2010. Amat menyedihkan apabila penulis dibentangkan dengan berita yang sangat menusuk 'qalbu' dan memalukan bilamana sambutan tahun baru diraikan dengan aktiviti yang dilarang apatah lagi sangat dilaknat oleh Allah s.w.t. Di manakah maruah seorang wanita? seorang yang bergelar muslim? Inikah hasil sirah perjuangan Rasulullah s.a.w yang bersusah payah menyebarkan agama Islam di seluruh dunia? Rasanya semua telah sedia maklum akan perkara ini.
Saban tahun, rakyat Malaysia pasti tidak akan terlepas menyambut tahun baru dengan percikan warna warni bunga api yang sudah menjadi tradisi dan acara lazim. Oleh itu, ramai di kalangan kita akan berusaha untuk merasai dan menyaksikan dengan lebih dekat acara itu tambahan pula dapat melihat konsert gegar secara langsung dan percuma. Itulah yang sentiasa di nanti-nantikan oleh golongan remaja kini. Budaya hedonisme yang sudah menjalar dan meresap ke dalam setiap jiwa anak-anak muda hasil keberjayaan golongan Yahudi untuk menyesatkan penganut agama Islam khususnya. Ingatlah!!! mereka tidak akan pernah berhenti untuk menyesatkan ummat Nabi Muhammad s.a.w. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud : " Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu."
Kalimah ALLAH
Di manakah silapnya?
Penulis turut terpanggil untuk merespon tentang isu penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil atau lebih dikenali sebagai 'Bible'. Pelbagai ulasan dan hujah yang dikemukakan oleh pemimpin dan ahli yang faqih tentang perkara ini demi memastikan keharmonian beragama di Malaysia dan mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat terutamanya umat islam.
Tidak usahlah bergaduh dan masing-masing menuding jari dan mencari salah antara satu sama lain kerana berbeza parti. Sebaliknya, duduklah sebangku dan berbincang bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini, masalah ummah islam yang menjadi agama rasmi di Malaysia. Jangan biarkan mereka bertepuk dan bergembira di belakang melihat kejatuhan dan ketidaksatuan pemimpin islam dalam menyelesaikan masalah ini secara baik dan kerjasama. Isu berbeza bendera tidak sepatutnya timbul, tetapi berusahalah untuk menyelamatkan aqidah umat Islam. Ini sangat penting, kerana jika tersilap langkah pasti akan membawa padah.
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda : " kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka."
Sahabat bertanya: " Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan Nasrani?"
Baginda s.a.w bersabda: " Jika bukan mereka, siapa lagi.."
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Wahai muslimin dan muslimat...bersatulah menegakkan agama Islam...
Bersama melakukan perubahan demi kebangkitan Islam dan perjuangan Junjungan Nabi Muhammad s.a.w tercinta....
wallahu'alam...

No comments:
Post a Comment