Sejak akhir-akhir ini, banyak cerita yang berunsur tahyul dan mistik atau dengan bahasa mudah cerita hantu ditayangkan di kaca televisyen. Bagaikan musim sehingga para pengarah filem berlumba-lumba menghasilkan filem hantu yang mampu mencatat 'rating' tertinggi dalam carta filem. Yang sayangnya adalah kebanyakkan peminat cerita sebegini adalah di kalangan orang Melayu Islam sendiri dan yang paling pelik, ramai juga di kalangan masyarakat islam yang diserang makhluk-makhluk ini juga. Sedangkan kita sendiri yang menggalakkan malah lebih mengalu-alukan kehadiran mereka ke dunia kita. Fenomena cerita berunsurkan kepercayaan syirik yang melibatkan makhluk-makhluk halus ini sebenarnya sedikit sebanyak boleh menganggu gugat aqidah kita selaku ummat islam. Tambahan sekarang, umat islam sudah semakin jauh dari Islam dan Allah SWT malah kita lebih bergantung kepada bantuan tok bomoh dan sebagainya. Sedangkan Allah SWT telah memberi penjelasan bahawa setiap dari kita ada benteng-bentengnya.
Penulis pernah mendengar dalam satu slot di radio, seorang pakar agama ada mengatakan bahawa, seorang manusia, akan didampingi oleh 9 ekor syaitan dan 99 malaikat. Cuba bayangkan dan fikirkan?
Permudahkanlah urusanku di Darussyifa'
Alhamdulillah dengan izinNYA, penulis diberi kesempatan untuk mempelajari dan mencedok seberapa banyak ilmu perubatan islam secara ruqyah (menggunakan kalimah Allah SWT) di Darussyifa'. Walaupun kelas akan bermula pada Isnin yang akan datang ini, penulis begitu tidak sabar untuk memulakan kelas kerana sudah lama penulis bercita-cita untuk berguru dengan Dato' Dr. Harun Din yang merupakan pengamal perubatan Islam yang terkenal di tanah air. Penulis tidak mengenali beliau secara dekat tetapi InshaAllah setelah menghadiri kelas beliau pasti penulis akan lebih mengenalinya. Tidak dapat tidak, penulis akan berusaha mempersiapkan diri dari sudut fizikal, mental dan rohani kerana kelas ini akan dijalankan setiap hari Isnin sepanjang tahun kecuali bulan Ramadhan. Ini penting sebagai pelajar supaya ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dalam kehidupan.
Seperti kata Imam Al-Ghazali : " Tiada guna menuntut ilmu jika tidak diamalkan, dan tiada guna juga amal, jika kita tidak ikhlas."
Justeru, untuk menuntut ilmu tidak kira ilmu Allah , ilmu agama, ilmu sains , ilmu dunia dan sebagainya, kita harus sedar bahawa setiap ilmu yang kita pelajari sebenarnya adalah atas niat kita sendiri. Untuk apa?dan atas tujuan apa? semuanya bergantung pada diri kita sebagai khalifahNYA. InshaAllah, jika ilmu kita diarahkan ke arah kebaikan, dihiasi pula dengan syariat islam, pasti akan mendapat keberkatan dari Ilahi dan kejayaan abadi. Dan begitu juga sebaliknya. Tetapi awas, kerana dengan ilmu juga kita akan diuji oleh Allah SWT. Sama-sama berdoa agar setiap ilmu yang kita hendak dan akan pelajari adalah kerana DIA. InshaAllah..
peringatan buat diri...
esok (15Jan ) : Taklimat dan pendaftaran sebagai pelajar Darussyifa'. Nantikan ketibaanku..moga Allah permudahkan urusan kami...
No comments:
Post a Comment