Kebetulan baru-baru ini penulis berada di kampung, penulis sempat menyelongkar kotak-kotak yang dikargo oleh kakak penulis. Jadi banyaklah kitab-kitab yang penulis dapati beserta buku-buku dan majalah-majalah yang amat berilmiah. Itupun setelah ibu penulis menyusun beberapa buah buku yang ada di dalam rak buku. Jika nak diikutkan, nampak gayanya bertahun la kitab-kitab dan buku-buku tersebut berada dalam kotak tu. Sebabnya adik beradik penulis tak sanggup nak tengok buku yang begitu banyak. Tak terbaca. InshaAllah, penulis akan pastikan penulis sekeluarga membacanya seperti mana yang kakak penulis pesan.
Allah SWT juga telah berfirman dalam Surah Al-'Alaq : 1- 5 yang bermaksud " Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah, Bacalah dan Dia Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya..."
Antara banyak-banyak buku yang penulis jumpa, ada sebuah buku yang amat menarik perhatian penulis. Mungkin kerana kulit buku tersebut berwarna ' pink ' ataupun kerana pengisiannya. InshaAllah, penulis nak kongsikan beberapa kata-kata hikmah yang boleh dijadikan pegangan diri ataupun motivasi. Buku yang bertajuk 400 Kata - Kata Hikmah Saidina Ali bin Abi Talib K.W.H ditulis oleh Haji Nik Azran Bin Muhamed ; B.A ( Hons ) Universiti Al-Azhar, Mesir.
Siapa Saidina Ali bin Abi Talib K.W.H ?
Beliau ialah Ali bin Abi Talib ( nama sebenarnya ialah Abd Manaf ) bin Abdul Muttalib ( nama sebenarnya ialah Syaibah Al Hamd) bin Hasyim ( nama sebenarnya ialah Amru ) bin Abd Manaf ( nama sebenarnya ialah Al-Mughirah ) bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin An-Nadhir bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Madhar bin Nazar bin Ma'ad bin Adnan.
Beliau merupakan sepupu Rasulullah SAW dan juga menantu Rasulullah SAW kerana telah mengahwini puteri kesayangan baginda SAW iaitu Saidina Fatimah Az Zahra' RA. Hasil perkongsian hidup mereka berdua, lahir dua orang cucu Rasulullah SAW iaitu Muhammad Al-Hasan RA dan Abdullah Al Hussain RA.
Mengikut pendapat kebanyakan ulama', Saidina Ali Karramallahuwajhah adalah kanak-kanak yang pertama menganut agama Islam iaitu pada hari kedua kerasulan Nabi Muhammad SAW. Ketika itu, beliau masih berusia 10 tahun.
Saidina Ali Karramallahuwajhah juga adalah Khalifah Ar-Rasyidin yang keempat dan khalifah pertama daripada keturunan Bani Hasyim. Beliau dilantik sebagai khalifah di Masjid Nabi SAW yang terletak di Madinah sebaik sahaja peristiwa pembunuhan Saidina Uthman RA pada bulan Zulhijjah, tahun 35 hijrah.
.....Beberapa Keistimewaan Saidina Ali Karamallahuwajhah.....
1. Kanak-kanak yang mula-mula sekali memeluk agama Islam. Sebelum itu, belia tidak pernah menyembah berhala walaupun lahir dalam masyarakat Quraisy yang bertuhankan patung berhala. Oleh itu, beliau digelar oleh Allah SWT dengan gelaran ' Karamallahuwajhah' yang bererti ' Allah SWT telah memuliakan wajahnya'.
2. Orang yang pertama memasuki syurga selepas Rasulullah SAW sebagaimana sabda baginda SAW yang bermaksud :" Wahai Ali, sesungguhnya engkau adalah orang yang pertama mengetuk pintu syurga, kemudian engkau masuk ke dalamnya tanpa sebarang perhitungan."
3. Mendapat jolokan 'ketua' oleh Rasulullah SAW. Baginda bersabda kepada puterinya Fatimah Az-Zahra' yang bermaksud : " Suamimu ( Saidina Ali Karamallahuwajhah ) adalah ketua di dunia dan di akhirat."
4. Merupakan sahabat Rasulullah SAW yang paling tinggi tahap keilmuannya sehingga digelar oleh baginda SAW sebagai ' Pintu Ilmu '. Sabda baginda SAW yang bermaksud : " Aku ( Rasulullah SAW ) adalah kota ilmu, manakala Ali adalah pintunya, maka barangsiapa yang mahukan ilmu hendaklah datang melalui pintunya."
5. Saidina Ali Karramallahuwajhah ialah manusia yang paling dikasihi oleh Allah SWT selepas Rasulullah SAW. Diriwayatkan dari Anas bin Malik RA bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW dihadiahkan dua ekor ayam panggang. Lalu Rasulullah SAW meminta supaya orang yang paling dikasihi oleh Allah SWT datang untuk makan bersamanya. Apabila mendengar permintaan baginda SAW, maka datanglah seorang sahabat. Pun begitu, Rasulullah SAW tidak mengizinkannya masuk untuk duduk di samping baginda SAW. Kemudian datang pula Saidina Ali Karramallahuwajhah, lantas baginda SAW mempersilakannya masuk sambil bersabda : Maksudnya: " Makanlah wahai Ali, sesungguhnya engkau adalah makhluk yang paling dikasihi oleh Allah SWT."
Sebenarnya banyak lagi keistimewaan Saidina Ali Karamallahuwajhah yang disebut dalam buku ini, tapi penulis ambil yang terpilih sahaja.
Memandangkan terdapat lebih kurang 400 kata-kata hikmah, penulis hanya kongsikan sebahagian sahaja. Yang selebihnya, sahabat-sahabat boleh dapatkan buku ini di pasaran. Selamat membaca.

- Perkara yang perlu ada bagi kepimpinan ialah sikap berlapang dada.
- Orang yang paling bakhil dalam urusan hartanya ialah mereka yang terlalu pemurah dalam menggadaikan maruah dirinya.
- Orang yang paling jauh bermusafir ialah mereka yang sedang mencari sahabat yang disukainya.
- Seseoramg hamba itu begitu jauh dari Allah SWT apabila ia mementingkan perut dan tuntutan nafsunya.
- Jadikanlah umurmu ibarat wang yang diberikan kepadamu. Sekiranya engkau tidak suka apa yang engkau belanjakan hilang begitu sahaja, maka hendaklah engkau tidak menghabiskan umur engkau dengan sia-sia.
- Orang yang paling bodoh ialah apabila diceritakan sesuatu kepadnya maka dia lupa dan apabila dia bercakap dia gopoh dalam percakapannya dan apabila dia didorong melakukan keburukan maka dia terus melakukan keburukan tersebut.
- Cabutlah kejahatan daripada dada ( hati ) orang lain dengan cara menanggalkan kejahatan daripada dadamu terlebih dahulu.
- Menunaikan amanah adalah kunci rezeki.
- Apabila Allah SWT ingin menimpakan ujian ke atas seseorang hamba berbentuk musuh yang tiada sifat belas kasihan, maka Allah SWT akan mengujinya dengan orang yang hasad dengki.
- Apabila terlalu banyak jawapan, maka akan hilanglah kebenaran.
- Apabila Allah SWT ingin menghina seseorang hamba, maka Allah SWT akan mengharamkan ilmu ke atas dirinya.
- Apabila Allah SWT inginkan kebaikan bagi seseorang hamba, maka Allah SWT akan menyekat dirinya daripada hawa nafsunya dan memisahkan dirinya daripada hatinya. Apabila Allah SWT mahukan kejahatan baginya, maka Allah SWT akan menyerahkan kejahatan tersebut kepada dirinya.
- Apabila engkau tidak mampu memberi balasan yang setimpal, maka hendaklah engkau memanjangkan lidah engkau dengan mengucapkan terima kasih.
- Serendah-rendah ilmu ialah apa yang terbit dari lidah, manakala setinggi-tinggi ilmu ialah apa yang zahir dari anggota badan dan tindakan.
- Janganlah engkau menyebut kata-kata yang boleh mentertawakan orang lain ( melucukan ) walaupun kata-kata tersebut diceritakan daripada orang lain.
- Awaslah kamu dengan sifat malas kerana barangsiapa yang malas tidak akan dapat melaksanakan hak Allah SWT.
- Empat perkara yang sedikit, kekadangnya boleh menjadi banyak iaitu ; api, permusuhan, sakit dan kemiskinan.
- Empat perkara yang boleh mengundang syurga iaitu ; merahsiakan musibah, merahsiakan sedekah, berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan memperbanyakkan menyebut kalimah Lailahaillallah.
- Empat perkara yang boleh mengundang kesengsaraan hidup iaitu ; jiran tetangga yang jahat, anak yang jahat, perempuan yang jahat dan rumah yang sempit.
As-salam. Perkongsian yang menarik. Semoga kita sama-sama dapat mengamalkan nya.
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeletesaya tertarik dengan buku ini.
Bagaimana saya boleh mendapatkannya.