Bismillahirrahmanirrahim...
“Maulana” adalah satu panggilan di Pakistan . Dalam bahasa kita “ustaz”. Maulana Ilyas semasa hidupnya begitu rungsing terhadap apa yang telah melanda umat Islam kini terutama di negaranya( India ). ' Islam hanya tinggal nama'… seperti dalam hadis Nabi Muhammad sollaAllhu alaihi wasalam. Beliau telah buka satu madrasah agama.. Tapi ilmu hanya tinggal teori dalam kitab.. tidak diamalkan,,pendek cerita ,, dialah yang telah menghidupkan kembali usaha dakwah yang telah lama ditinggalkan ini.
Kalau ada baju raya,, selepas itu simpan dalam almari setahun,,, tak pakai. Tahun depan, kalau kita pakai balik baju tu mesti orang kata kita pakai baju baru. Begitu juga dengan dakwah ni. Bila dihidupkan semula, ramai orang kata kita buat yang sesuatu baru… tapi yang pentingnya dakwah ni kerja semua orang Islam.
Kita belajar ni bukan kerana nakkan dunia, nakkan nama, glamour, jawatan dan lain-lain. Sudah banyak orang belajar agama, ilmu telah berkembang, tapi masyarakat masih tak berubah. Kita ada misi tersendiri. Kita nak jadi orang-orang yang betul- betul ikhlas pertahankan agama. Hari ni ada banyak program-program dilakukan untuk islahkan umat ini.Bermacam-macam cara tapi hasilnya menghampakan,, ada orang kata umat ni boleh diislahkan dengan berzikir, asingkan diri, pisahkan dari masyarakat. Tapi semua ni ditolak oleh Imam Ghazali. Kata Imam Malik: "Bahagian akhir umat ini hanya boleh diislahkan dengan cara yang mana umat terdahulu diislahkan yakni dakwah."
Ada orang kata kita dah tak boleh ikut agama zaman Nabi,, sebab sekarang zaman moden,, dah tak sesuai lagi,, ASTAGHIRULLAH,,
Mereka macam tak pernah baca hadis ; “ sebaik-baik kurun adalah zamanku”.
Allah dah kata, "Islam ni dah lengkap.Tak perlu tambah-tambah." Mereka nak agama ikut rentak zaman. Salah tu. Sepatutnya zaman kena ikut agama. Memang kalau nak maju dalam agama, kita kena ikut cara orang-orang dulu,, zaman-zaman nabi dan para sahabat. Mereka lah orang yang paling maju dalam agama. Hari ni kita nak lawan orang kafir dari segi kemajuan,, sampai kiamat tak boleh! Kan Allah dah kata, dunia ni penjara bagi orang mukmin syurga bagi orang kafir,, orang yahudi sekarang tengah gelak tengok kebodohan orang Islam. Sistem pembelajaran hari ni semua diatur orang yahudi,,bersijil dan dihadkan.
Ramai orang belajar agama bukan sebab nak pertahankan agama, tapi untuk “benda lain”. Setiap benda yang kita buat ada tujuannya,,matlamatnya. Dulu, matlamat orang belajar agama untuk pertahankan agama. Orang yahudi risau. Jadi mereka “cipta” matlamat baru untuk umat Islam,,sijil,,pangkat dan sebagainya. Jadi, orang pun belajar untuk dapatkan benda-benda ni. Bila dah dapat, mereka puas hati. Dah tak nak belajar lagi. Sedangkan kita kena belajar sampai liang lahad. Maksudnya kita tak boleh kata kita dah pandai sekalipun kita dah habis belajar,,dan tak kisah apa yang terjadi pada masyarakat,,janji perut kenyang,,tidur lena,,, apa nak jadi pada orang lain dibiarkan. Sedangkan tanggungjawab “ulamak” adalah berat,,akan disoal diakhirat kelak.
Kesimpulannya, kita kena betulkan niat kita dari sekarang,,tepuk dada Tanya iman.,, Kenapa sebenarnya aku belajar agama? Jawapannya ada pada diri sendiri,, macam mana? Cuba bagi pendapat.
Dari ; Mohd Ashraf Osman ( bakal suami kakak penulis ) InshaAllah...
No comments:
Post a Comment